KUALA LUMPUR: Pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad dijangka memberikan rangsangan kepada industri pelancongan negara.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Dr Mohd Khalid Harun berkata keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.
"MATA menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan keputusan itu yang akan memudahkan kemasukan bebas visa bagi warga China, India, Jordan dan Turki bermula 1 Dis," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
Beliau berkata negara berkenaan mempunyai populasi yang besar dan memudahkan kemasukan mereka ke Malaysia sudah pasti akan menarik kemasukan jumlah pelancong yang ketara.
"Dengan menghapuskan keperluan visa, MATA berharap dapat memanfaatkan potensi besar pasaran ini sekali gus memberi faedah ekonomi dalam sektor pelancongan daripada hotel dan restoran hingga kepada peruncitan dan pengangkutan.
"Selain itu, dijangkakan peningkatan perbelanjaan pelancong akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada pembangunan keseluruhan industri di Malaysia," katanya.
Beliau berkata kelonggaran prosedur kemasukan ke Malaysia akan menggalakkan lebih ramai pelancong menerokai pelbagai keunikan yang ada dalam negara seperti warisan budaya dan landskap yang menarik.
Mohd Khalid berkata kerajaan juga sudah tentu akan melaksanakan langkah keselamatan yang teguh untuk memastikan keselamatan rakyat dan pelawatnya demi menyediakan persekitaran yang mesra untuk pelancong.
Pada Ahad, Anwar mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Dis ini dalam semangat 'strategic partnership' hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.
Beliau berkata ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Mohd Khalid berkata, kelonggaran prosedur kemasukan ke Malaysia akan menggalakkan lebih ramai pelancong menerokai pelbagai keunikan yang ada dalam negara seperti warisan budaya dan landskap yang menarik. - Foto BERNAMA
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini
MATA akan menganjurkan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX 2024) edisi kedua selama dua hari bermula 23 Ogos ini.
Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.
MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong
Tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing.
MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.
COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.
MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA
MATA menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera.
Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.
MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara
Bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.
Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA
Mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan harus setanding dengan penggiat sektor itu di negara jiran bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat
Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA
Pemain industri pelancongan negara perlu fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang telah lama terhenti susulan pandemik COVID-19.