Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ke-15 dalam serbuan di tepi jalan persimpangan Taman D'Pinggiran Kota Lukut, Port Dickson dekat sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata ketika serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pukul 9.30 pagi itu, suspek yang duduk di atas motosikal telah bertindak mencampakkan barangan disyaki dadah ke atas rumput berhampiran jalan.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menemui 10 paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kelabu disyaki dadah berbahaya jenis heroin.
"Suspek yang berusia 50an itu merupakan pengedar tegar ekoran telah ditahan sebanyak 15 kali oleh pihak polis dan kini suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 25 tahun yang terlibat dalam kes samun warga Pakistan di jalan Rumah Rakyat Kampung Sawah Bukit Pelandok dekat sini telah ditahan dalam satu operasi khas, semalam.
Aidi Sham berkata ketika serbuan ke atas suspek didapati barangan yang disamun telah ditemui bersama suspek.
"Dalam kejadian samun itu, mangsa seorang warga Pakistan ketika menaiki sebuah motosikal melalui kawasan berkenaan telah diarahkan berhenti oleh suspek yang mengacukan sebilah parang ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan duit dan barang milik mangsa.
"Wang tunai berjumlah RM50 dan dua buah telefon bimbit mangsa telah diambil suspek dengan anggaran kerugian sebanyak RM500, bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Katanya suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018
Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menemui 10 paket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kelabu disyaki dadah berbahaya jenis heroin. - Gambar hiasan
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.