NATIONAL
Penggiat industri automotif dipelawa kemuka cadangan mengenai kereta nasional ketiga

Darell berkata MAI akan membuka cawangan baharu di Sabah untuk memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai menyertai industri automotif. - Gambar fail
Penggiat dalam industri automotif dipelawa untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai projek kereta nasional ketiga, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking.
Beliau berkata cadangan itu akan dikaji oleh pelbagai agensi di bawah kementeriannya, termasuk Institut Automotif Malaysia (MAI).
"Tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan itu adalah pada 15 Okt," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka MAI di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, katanya MAI akan memudahkan pihak yang berminat untuk mendapatkan teknologi terkini dalam industri automotif.
Darell, yang juga Ahli Parlimen Penampang, berkata MAI akan membuka cawangan baharu di Sabah untuk memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai menyertai industri automotif.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami