IPOH: Seorang penghuni pusat jagaan orang dewasa di Chemor didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa atas tuduhan membunuh rakan penghuni lain, minggu lepas.
Tertuduh, Lai Mun Kong, 50, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Lim Han Tong, 42, yang juga penghuni pusat jagaan sama.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam tandas Blok A, Pusat Jagaan Maju Jaya, Chemor antara jam 6 pagi hingga 6.50 pagi, 24 Ogos lalu.
Tertuduh yang berasal Kuala Lumpur didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan laporan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Aug 29 2023
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa. - Astro AWANI
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Mahkamah tolak permohonan Rumah Bonda cabar perintah JKM tutup premis
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Rumah Bonda untuk mencabar tindakan JKM Wilayah Persekutuan menutup premisnya.
Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh rakan penghuni
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam tandas Pusat Jagaan Maju Jaya, Chemor antara jam 6 pagi hingga 6.50 pagi, 24 Ogos lalu.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
Pengasuh pusat jagaan didakwa aniaya kanak-kanak lima tahun
Seorang pengasuh di sebuah pusat jagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, Ogos tahun lepas.
Kanak-kanak OKU dipercayai dianiaya di pusat jagaan
Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa penganiayaan kakitangan sebuah pusat jagaan di Kuala Terengganu.
Pusat jagaan warga emas upah bayi ceriakan penghuni
Tugas utama calon yang berjaya adalah untuk bersiar-siar di kawasan pusat jagaan itu sambil ditemankan penjaga masing-masing.
Premis Rumah Bonda dibuka semula, tidak boleh guna sebagai pusat jagaan
Rumah Bonda hendaklah berakujanji bahawa premis itu tidak akan digunakan sebagai pusat jagaan.
1,028 pusat jagaan tidak berdaftar - Rina
Terdapat 1,028 buah pusat jagaan di bawah penyelenggaraan badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian yang didapati tidak berdaftar dan telah diberikan peringatan.
HFMD: Premis jagaan kanak-kanak di Melaka dengan lebih empat kes akan ditutup
Pengusaha premis berkenaan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada JKNM bagi tindakan kawalan dan pencegahan wabak.
HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan
Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa memantau supaya tempat-tempat penjagaan kanak-kanak menjaga kebersihan di premis masing-masing.