PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengeluarkan garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkaitan kehadiran, kaunter perkhidmatan dan mesyuarat yang akan berkuat kuasa mulai 26 Julai ini.
Beliau dalam satu kenyataan berkata ia selaras dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai perubahan kadar peratusan kehadiran ke pejabat bagi sektor awam berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Ismail Sabri baru-baru ini mengumumkan kerajaan melakukan sedikit perubahan ke atas prosedur operasi standard (SOP) di bawah PPN bagi Fasa Satu yang membenarkan 40 peratus kehadiran di pejabat bagi sektor awam manakala perkhidmatan perakaunan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini mengeluarkan arahan bekerja dari rumah (BDR) sepenuhnya bagi pejabat sektor awam di negeri Fasa Satu PPN namun tidak termasuk petugas barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan, manakala hanya 20 peratus kehadiran di pejabat dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR.
Mohd Zuki berkata ketua jabatan perlu menentukan kehadiran pegawai yang diperlukan di pejabat berdasarkan garis panduan tersebut manakala pelaksanaan BDR hendaklah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5/2020 - Dasar Bekerja Dari Rumah.
Mengenai pengoperasian Fasa Dua PPN, Mohd Zuki berkata kehadiran di pejabat adalah tidak melebihi 60 peratus manakala 40 peratus bekerja dari rumah (BDR), dengan tidak termasuk petugas barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.
"Kehadiran pelanggan adalah secara janji temu di kaunter perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi pada kadar 60 peratus," katanya serta menambah mesyuarat atau perjumpaan secara fizikal adalah tidak dibenarkan sama sekali," katanya dalam kenyataan pada Rabu itu.
Mengenai pengoperasian pejabat bagi Fasa Tiga PPN, Mohd Zuki berkata 80 peratus kehadiran di pejabat adalah dibenarkan manakala 20 peratus adalah BDR, kecuali petugas barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan sahaja dibenarkan untuk hadir bekerja.
"Kaunter perkhidmatan dibenarkan beroperasi pada tahap 80 peratus dengan kehadiran pelanggan tanpa janji temu," kata Mohd Zuki.
Menurutnya, mesyuarat adalah dibenarkan secara hibrid sama ada perjumpaan fizikal atau dalam talian, namun kapasiti adalah tidak melebihi 50 peratus keluasan bilik mesyuarat.
Bagi pengoperasian pada Fasa Empat PPN pula, keberadaan di pejabat adalah dibenarkan bagi semua kakitangan awam manakala BDR diberikan kepada mereka yang memerlukan sahaja.
Katanya, operasi kaunter perkhidmatan dibenarkan sepenuhnya dengan kehadiran pelanggan tanpa memerlukan janji temu, manakala mesyuarat dibenarkan secara fizikal namun digalakkan diadakan secara dalam talian atau hibrid.
"Ketua jabatan perlu memastikan semua SOP yang dikeluarkan oleh MKN dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah penularan wabak COVID-19 di pejabat masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
Mohd Zuki berkata ketua jabatan perlu menentukan kehadiran pegawai yang diperlukan di pejabat berdasarkan garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa di bawah PPN. - Gambar fail/BERNAMA
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.