awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengorbananmu tiada tolok bandingnya, wahai 'frontliners'

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2021
12:02 MYT
Pengorbananmu tiada tolok bandingnya, wahai 'frontliners'
Dalam satu imej perkongsian Dr Noor Hisham, seorang pekerja perubatan kelihatan tersandar di dinding masih berpakaian PPE akibat kepenatan yang keterlaluan. - Sumber foto FB Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR: Pengorbanan mereka yang bergelar 'frontliners' tiada tolok bandingnya.
Berhempas-pulas membanting tenaga dan kudrat yang ada untuk menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19, mereka umpama lilin yang membakar diri.
Dalam pautan terbaharu di Facebook peribadi beliau, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggambarkan jerih perih doktor dan jururawat yang bertugas tanpa henti untuk melandaikan lengkuk pandemik COVID-19.
Kapsyen Dr Noor Hisham di akaun Facebook itu pada Jumaat, cukup ringkas namun sarat dengan mesej tersirat: "These pictures paint a thousand words (gambar-gambar ini menggambarkan seribu perkataan)".
BACA: COVID-19: Paling tinggi dalam sejarah, 8,290 kes baharu, Selangor catat 2,052 jangkitan
Antara foto yang dikongsi menunjukkan seorang petugas perubatan bermandi peluh, yang lain terbaring gara-gara kelesuan sehingga tidak berkesempatan menanggalkan pelitup muka dan pakaian pelindung diri (PPE).
Sumber Facebook DGHisham
Dalam satu imej perkongsian Dr Noor Hisham, seorang pekerja perubatan kelihatan tersandar di dinding masih berpakaian PPE akibat kepenatan yang keterlaluan.
Gambaran yang diberi Dr Noor Hisham itu adalah realiti yang sedang berlaku di negara ini, bukan sandiwara.
Foto Dr Noor Hisham
Pengorbanan mereka yang bergelar 'frontliners' perubatan tidak dapat digambarkan. - Sumber foto FB Dr Noor Hisham
Inilah senario yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU), wad-wad biasa di hospital-hospital kerajaan seluruh negara.
Hari ini sahaja angka kes melonjak kepada 8,290 kes baharu dengan Selangor sekali lagi mencatat rekod negeri tertinggi iaitu sebanyak 2,052 jangkitan.
BACA: Suntikan vaksin: Ramai gagal hadir janji temu
Perjuangan kita masih jauh. Negara masih bertarung untuk mencapai imuniti berkelompok sebelum penghujung tahun ini.
Apa yang mengecewakan ialah keengganan sebahagian masyarakat untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, namun kini halangan baharu pula timbul apabila ramai yang tidak hadir janji temu masing-masing.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#jururawat
#Doktor
#Facebook Dr Noor Hisham
#Selangor
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan