SEOUL: Penipuan memancing data (phishing) di Korea Selatan menyebabkan kerugian lebih 1.76 trilion won (AS$1.24 bilion) sejak lima tahun lalu dengan kurang daripada 30 peratus wang yang dicuri diperoleh semula, menurut data kerajaan pada Khamis.
Memancing data ialah proses melibatkan mangsa diperdaya untuk berkongsi kata laluan peribadi atau kod keselamatan mereka melalui panggilan telefon, mesej atau e-mel, membolehkan penipu mengakses akaun bank mereka.
Dalam kes penipuan pemindahan wang, mangsa diperdaya oleh penipu (scammer) yang kebanyakannya menyamar sebagai penyiasat untuk memindahkan wang daripada akaun bank mereka, membentuk sebahagian besar jenayah memancing data, lapor Yonhap.
Kira-kira 248,000 kes penipuan pemindahan wang dilaporkan antara 2017 dan 2021, menurut data Kementerian Kehakiman dan Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan.
Bagaimanapun, data itu menunjukkan hanya 526.8 bilion won nilai kerosakan dikembalikan kepada mangsa, mengikut undang-undang khas yang membolehkan mangsa membatalkan kiriman wang dengan lebih mudah sebelum wang itu dikeluarkan oleh penipu.
"Mencegah memancing data suara dan menghukum penjenayah adalah penting, namun isu memulihkan kerosakan lebih penting," kata Lee sambil menggesa kerajaan mengusahakan langkah undang-undang yang lain bagi melindungi mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Mangsa diperdaya untuk berkongsi kata laluan peribadi atau kod keselamatan mereka melalui panggilan telefon, mesej atau e-mel. - Gambar hiasan
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Abaikan panggilan tidak dikenali untuk elak kerugian - Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menasihatkan orang ramai agar mengabaikan panggilan yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali.
Polis Perak, Pos Malaysia bekerjasama banteras penipuan dalam talian, penyamaran kurier
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad dalam usaha memerangi jenayah penipuan secara dalam talian sejak Januari lepas.
RM1.22 bilion kerugian direkodkan akibat 'scam' tahun lalu
Sejumlah RM1.22 bilion kerugian direkodkan berpunca daripada jenayah penipuan dalam talian sepanjang tahun lalu.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Penipuan dalam talian: 131 nombor ditamatkan, 93 disekat setakat Jan 2024
Sebanyak 107,716 kes jenayah scammer direkodkan antara 2020 dan 2023 dengan nilai kerugian keseluruhan RM3.2 bilion.
Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
Strim haram EPL, dedahkan risiko serangan siber - Kajian
Kotak Android TV yang menawarkan akses haram kepada pelbagai filem dan siri televisyen juga didapati menyimpan perisian hasad (malware).
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Penipuan dalam talian: Dua guru kerugian lebih RM158,000
Dua guru kerugian lebih RM158,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian termasuk dalam urusan pembelian barangan.
Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja
Bahagian Jenayah Komersil Labuan menerima 15 laporan polis berhubung penipuan sedemikian sejak awal bulan ini.