TAIPING: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di KM 217.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 7.20 pagi, hari sama.
"Kemalangan dipercayai berlaku membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 21 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari selatan menghala ke utara.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di lorong kiri.
"Kemudian, sebuah kenderaan yang tidak diketahui disyaki melanggar mangsa dan dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Justeru, Mohamad Nasir berkata, polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil memberikan maklumat serta membantu siasatan.
Tambahnya, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Abdul Mu’iz Riduan di talian 011-20987354.
Aida Aziz
Tue Apr 16 2024
Polis Daerah Taiping menyeru orang ramai yang menyaksikan kemalangan di KM 217.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di Taiping pada Isnin, untuk tampil membantu siasatan.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Pelayan kedai makan maut, motosikal bergesel tayar belakang lori
Muhammad Zharif Abd Aziz, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pelbagai kecederaan.
Penunggang motosikal maut tercampak, dirempuh kenderaan
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu mangsa yang berusia 37 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.
Lelaki maut, motosikal rempuh kereta rosak di lorong kecemasan
Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Audi Q3 2.0 yang dipandu seorang lelaki warga India berusia 48 tahun.
Pengawal keselamatan maut nahas tiga kenderaan
Kejadian pada jam 9.30 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda dengan kereta Proton Saga FL dan Narza Forte.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.