PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan langkah interim segera dengan menempatkan penguat kuasanya di tujuh pintu masuk negara di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah tersebut merupakan antara enam inisiatif yang dilaksanakan oleh KPDN dalam usaha membanteras ketirisan melibatkan barangan kawalan dan bersubsidi.
Jelas beliau, penempatan serta-merta pegawai-pegawai berkenaan dilaksanakan sehingga penubuhan Single Border Agency (SBA), sekali gus memperkukuhkan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan.
Jelas beliau, sepanjang tempoh tersebut pegawai penguat kuasa KPDN akan menggunakan tiga peruntukan iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122); Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332); serta Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).
“Dengan adanya penempatan pegawai KPDN serta-merta di tujuh pintu masuk ini mereka akan dapat melihat sendiri dan seterusnya memberikan respons kepada penguatkuasaan di peringkat ibu pejabat.
“Jangan risau, kita tidak akan tambah ‘layer’ dan bincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) senarai agensi (yang terlibat).
“Tiada tambahan ‘layer’ dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar sempena lawatan kerja rasmi, di sini.
Dalam masa sama, Armizan berkata KPDN juga akan memperluaskan skop pelaksanaan Ops Tiris 3.0 kepada barangan kawalan lain.
Ia termasuk gula putih bertapis, minyak masak bungkusan polibeg 1kilogram (kg), tepung gandum, petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG).
Ujarnya, bagi bagi tujuan tersebut, penguatkuasaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang melarang mana-mana orang untuk mengeksport apa-apa barang kawalan tersenarai di bawah Jadual Pertama akan dikuatkuasakan secara menyeluruh di semua pintu masuk sempadan negara.
Selain itu, menurutnya kerjasama dengan agensi penguatkuasaan di sempadan negara akan diperkukuhkan bagi meningkatkan kawalan aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi.
"Pada masa sama, KPDN akan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) Kes Penyerahan Agensi daripada agensi-agensi penguatkuasaan lain untuk memastikan kelancaran proses penyiasatan dan pendakwaan kes melibatkan ketiga-tiga akta di bawah kawal selia KPDN.
"Selain itu, kita melaksanakan pengauditan terhadap pemborong-pemborong diesel, pemegang permit barang kawalan, bunkering dan syarikat-syarikat pengeksport bagi mendapatkan butiran sumber bekalan, pengedaran dan penjualan," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 20 2024
Penempatan serta-merta pegawai berkenaan dilaksanakan sehingga penubuhan Single Border Agency (SBA) dalam usaha memperkukuhkan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan. - Gambar fail
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Kampung Belukut dijadikan kampung angkat Madani JWP
Pembangunan modal insan antara fokus Program Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Tiada tolak ansur produk terbabit kempen boikot
Industri kelapa sawit adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan KPDN menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen.
Mangsa di PPS SK Bukit Lintang dibenarkan pulang
300 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Kota Tinggi, Johor dibenarkan pulang.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.