KUALA TERENGGANU: Satu lagi bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bidara dekat Dungun pada Sabtu yang dipercayai mati akibat unsur khianat.
Pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort Abidah Zaaba berkata beliau menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira 8 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata terdapat batu bata yang diikat pada bahagian kepala dan kaki depan penyu tersebut dipercayai bertujuan membataskan pergerakan haiwan itu dan menenggelamkannya ke dasar laut.
"Tindakan tidak bertanggungjawab ini berkemungkinan dilakukan oleh nelayan kerana mahu menyelamatkan pukat mereka yang dimasuki penyu secara tidak sengaja.
"Namun sukar dipastikan sama ada penyu itu sudah mati atau masih hidup ketika ditenggelamkan ke dalam laut," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Khamis lepas, seekor penyu agar betina ditemukan mati terapung di perairan Pulau Kapas dekat Marang dengan kesan kelaran di bahagian lehernya, dipercayai sebagai jalan singkat nelayan untuk menyelamatkan pukat mereka.
Mengulas lanjut, Abidah berkata bangkai penyu yang ditemukan pagi tadi sudah membusuk dan dipercayai mati kira-kira seminggu lepas.
"Berdasarkan ukuran panjang dan lebarnya, kita anggarkan umurnya antara 15 hingga 20 tahun namun jantinanya gagal dikenal pasti kerana bahagian ekor sudah reput dengan teruk," katanya yang berharap tindakan tegas diambil segera untuk memastikan kematian penyu seperti itu tidak berulang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Satu lagi bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Teluk Bidara dekat Dungun yang dipercayai mati akibat unsur khianat. -Gambar fail/Bernama
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Empat penemuan anak penyu berkepala dua
Setakat ini hanya seekor sahaja yang masih hidup dan bakinya mati sebelum menetas.
Anak penyu agar berkepala dua ditemukan
Ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup.
Penyu agar ditemukan mati, dipercayai akibat unsur khianat
Terdapat batu bata yang diikat pada bahagian kepala dan kaki depan penyu tersebut dipercayai bertujuan membataskan pergerakan haiwan itu dan menenggelamkannya ke dasar laut.
Penyu agar betina ditemui mati di perairan Pulau Kapas, dipercayai dibunuh
Seekor penyu Agar betina ditemukan mati dengan kesan kelar di bahagian leher di perairan Pulau Kapas dekat Marang, dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab.
Tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di Terengganu hari ini
Tiga bangkai penyu agar dewasa ditemukan di tiga lokasi sekitar daerah Kuala Nerus hari ini iaitu Seberang Takir, Pengkalan Maras dan Pulau Redang.
Jabatan Perikanan diarah perhebat penguatkuasaan elak kematian penyu
Penguatkuasaan perlu dilakukan secara lebih serius dan menyeluruh supaya kematian penyu tidak berulang.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Pantai Kijal
Difahamkan, ini adalah penyu yang ke-19 ditemukan terdampar di pesisir pantai Terengganu pada tahun ini.
Anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu
Seekor anak penyu agar betina dijumpai di Pantai Pulau Kekabu di sini hari ini, dalam keadaan lemah.
Lagi penyu agar ditemukan mati di pantai Terengganu
Suri rumah yang menemukan bangkai penyu tersebut berkata tiada sebarang kesan kecederaan pada haiwan itu.
Lagi penyu agar ditemukan mati di Terengganu
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Ruzaidi Mamat berkata penyu berukuran 80 sentimeter (cm) panjang dan 69cm lebar itu dipercayai mati akibat lemas terperangkap pada pukat.