KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga tahun, perbicaraan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berhadapan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di sini.
Sebelum ini, tarikh perbicaraan Muhammad Shafee telah dikosongkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes Najib yang masih berjalan. Muhammad Shafee mengetuai pihak pembelaan dalam perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi.
Kes ini akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz sementara peguam Harvinderjit Singh akan mewakili Muhammad Shafee.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
BACA: Pengubahan wang haram: Shafee Abdullah dibenar ikat jamin RM1 juta
Beliau didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan RM5.2 juta lagi pada 17 Feb 2014.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Muhammad Shafee juga didakwa atas dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015, jika sabit kesalahan akan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda daripada jumlah hasil aktiviti haram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Sebelum ini, tarikh perbicaraan Muhammad Shafee telah dikosongkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan kes Najib yang masih berjalan. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
'Ibu bapa Zayn Rayyan mahu bersihkan nama mereka, kita tunggu perbicaraan nanti'
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemuka ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak.
Peguam tidak mengaku salah dengan sengaja sebabkan kecederaan
Goh Suan Poi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Evangelin Simon Silvaraj.
Minta maaf atau siap sedia 'pecah tabung' - Peguam ‘Abang Bas’
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk kalangan selebriti yang melemparkan kata-kata nista terhadap lelaki itu.
Boleh berhujah tapi jangan korbankan keadilan - Tengku Maimun
Peguam diingatkan supaya menjaga tatakelakuan dan tidak mencemarkan sistem keadilan untuk mencapai matlamat.
Polis silap, Justin Timberlake tak mabuk sewaktu memandu - Peguam
Peguam Timberlake mendakwa polis telah tersilap kerana menahan anak guamnya yang kemudian dituduh mabuk sewaktu memandu.
Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin.
Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini - Peguam
Perkara itu disahkan Fahmi Abd Moin yang merupakan peguam kepada bapa kanak-kanak autistik itu.
Peguam kongsi pengalaman kaedah polis dapatkan penyataan bersalah OKT
Liyana berkongsi pengalaman mengenai kaedah digunakan pihak polis untuk mendapatkan penyataan bersalah daripada orang kena tuduh.
“Tiada komen, tunggu prosiding selesai” - Peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Tiada sebarang komen boleh diberikan sehingga prosiding hari ini selesai.
Allaudeen fokus jadi peguam selepas bersara
Beliau berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam.