SEBERANG JAYA: Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang akan menumpukan usaha mengukuhkan hubungan dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Perhubungannya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, PN Pulau Pinang yang dibentuk dua bulan lepas dan kini mempunyai parti komponen baharu iaitu parti Gerakan, akan mengadakan mesyuarat bagi mengatur strategi PRU dalam masa terdekat.
Beliau berkata, persediaan jentera, kursus serta latihan berkaitan juga telah diadakan secara berperingkat dan ini akan diteruskan dengan menggabungkan pengalaman ketiga-tiga parti komponen iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan dalam menguruskan jentera pilihan raya masing-masing.
Shabudin berkata, PN Pulau Pinang tidak menghadapi sebarang masalah bekerjasama dengan Pas sekalipun parti itu mempunyai jalinan kerjasama dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional.
"Hingga sekarang, Pas telah beri kerjasama yang baik dalam PN... secara undang-undang, Pas merupakan anggota PN dan juga menjawat portfolio penting dalam PN.
"Jadi saya rasa itu cukup beri keyakinan kepada PN untuk teruskan kerjasama dengan mengukuhkan parti-parti dalam gabungan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Shabudin yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Universiti Sains Malaysia dan Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Unit PenyelarasanPelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021
Datuk Shabudin Yahaya berkata, PN Pulau Pinang yang dibentuk dua bulan lepas akan mengadakan mesyuarat bagi mengatur strategi PRU dalam masa terdekat. - Gambar fail
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
PN beri maklum balas positif beberapa inisiatif Belanjawan 2025
PN memberikan maklum balas positif terhadap beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.
[KOLUMNIS] MoU Peruntukan Pembangkang: Demi kebaikan dan kematangan ahli politik
Cerita mengenai MoU ini sudah berbulan-bulan kedengaran tetapi penamatnya bagaimana?
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.