KUALA LUMPUR: Penjelasan terperinci mengenai kes jangkitan harian COVID-19 seperti melibatkan kategori boleh mengurangkan rasa takut dan panik dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli berkata indikator seperti pesakit tidak bergejala dan divaksinasi juga membantu meredakan kebimbangan sekali pun berlaku peningkatan kes harian yang mendadak kelak.
"Kalau kita mengatakan indikator kita adalah mereka kategori tiga, empat, dan lima, jadi kita kena tengok pencerahan daripada jumlah kes tersebut.
"(Misalnya) jika esok kita mengumumkan ada 20,000 kes positif COVID-19 tetapi 19,500 adalah kategori satu, dimana mereka ini tidak menunjukkan simptom, adakah kita akan memberikan reaksi yang sama seperti yang sekarang kita laksanakan (perincian kes)? Tentunya tidak.
"Di situ rakyat harus difahamkan apakah sebenarnya jumlah kes ini, dan apabila Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) membuat kenyataan begitu, itu adalah berdasarkan dengan jumlah vaksinasi yang dianggarkan dapat dicapai.
"Jadi, kita tahu jika vaksinasi itu dapat dipercepatkan dan dibanyakkan, maknanya jika seseorang itu sudah divaksinasi dan dia terkena COVID-19, besar kemungkinan mereka hanya kategori satu.
"Maka, sekiranya jumlah menjadi 30,000 sehari kita tidak perlu berasa takut kerana mereka ini tidak bergejala dan besar kemungkinan tidak boleh menularkan," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Amirudin yang menjangkakan Selangor memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada September ini.
Jelas Amirudin, bagi mencapai Fasa 2 PPN tersebut, negeri itu perlu meningkatkan jumlah vaksinasi harian penduduk, selain menjangkakan menjelang minggu depan sebanyak 10 peratus golongan dewasa menerima vaksinasi.
BACA: COVID-19: 9,353 kes baharu, Melaka catat peningkatan mendadak
Sementara itu, Dr Farhan turut mencadangkan agar hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) di tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan digunakan sepenuhnya untuk menguruskan pesakit COVID-19.
Bagi pesakit bukan COVID-19 pula, beliau berkata kumpulan itu perlu dihantar ke hospital-hospital swasta.
Keadah ini boleh mengurangkan beban kapasiti hospital di negeri-negeri yang merekodkan kes jangkitan yang tinggi ketika ini, jelasnya.
"Tiga negeri ini kita memberikan tumpuan khususnya dari segi tenaga kerja dan infrastruktur bagi memastikan mereka boleh menerima kategori tiga, empat dan lima.
"Jadi, bayangkan jika kita katakan jumlah pesakit di hospital Klang melimpah sehingga ke luar, tetapi kita tahu ada beberapa hospital di kawasan yang sama yang masih tidak digunakan sepenuhnya.
"Jadi, soalannya di sini jika betul kita ada kapasiti di dalam kesihatan, kenapa tidak membuka dan menggunakannya dengan sepenuhnya?," soalnya.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 10 2021
Dr Farhan turut mencadangkan agar hospital di bawah seliaan KKM di tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan digunakan sepenuhnya untuk menguruskan pesakit COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri
Negeri-negeri yang terlibat termasuk Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
Walk The Doc 2024 fokus tarikan lama Kuala Lumpur
Nurashikin Zaharuddin berkata festival tahun ini menyasarkan untuk menerokai aspek baharu pembuatan filem dokumentari.
Imigresen selamatkan dua wanita Bangladesh disyaki mangsa eksploitasi seks
Jabatan Imigresen (JIM) menyelamatkan dua wanita warga Bangladesh berusia 30 dan 34 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks, dalam satu operasi di Kuala Lumpur semalam.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Beberapa laluan utama Lembah Klang dilanda banjir kilat
Beberapa laluan utama negeri ini menuju Kuala Lumpur dilaporkan mengalami kesesakan susulan banjir kilat serta kemalangan pada Selasa.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Rangka kerja Bandar Pintar Malaysia capai hasil memberangsangkan - Gobind
Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.