Perjuangan UMNO hari ini lebih terarah kepada mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kemerdekaan yang dikecapi negara sejak 57 tahun lepas merupakan maruah rakyat Malaysia dalam mentadbir dan membangun negara tanpa campur tangan luar.
Dengan kemerdekaan, katanya negara mempunyai Perlembagaannya sendiri yang menentukan semua hak rakyat.
"Pentingnya Umno sebagai sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) kerana masing-masing (parti komponen BN) mahu melihat Malaysia lebih maju.
"Bukan mudah untuk mengurus negara kerana terdapat pelbagai kumpulan masyarakat yang mempunyai kaum, budaya, agama dan cara hidup yang berbeza," katanya ketika merasmikan persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini.
Turut hadir pada persidangan itu, yang dihadiri kira-kira 650 perwakilan UMNO Beaufort, ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Muhyiddin berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memikirkan bagaimana membangunkan negara tanpa membiarkan mana-mana kaum terasa ketinggalan.
Dalam pada itu, beliau meminta anggota UMNO supaya terus bekerja untuk rakyat dan tidak tunggu sehingga pilihan raya umum untuk menunjukkan keprihatinan.
Perjuangan berterusan dalam membantu rakyat akan memperlihatkan komitmen UMNO dan BN terhadap rakyat sekali gus meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang, katanya.
Sementara itu, Muhyiddin kagum dengan pembangunan di Sabah hasil kepimpinan Musa.
Beliau berkata hubungan baik kerajaan negeri dengan kerajaan pusat turut menyumbang ke arah kemajuan pesat yang dialami di Sabah.
"Selagi ada kerajaan BN, kita akan sentiasa komited ke arah keamanan dan kemajuan Sabah," katanya.
Muhyiddin juga berkata usaha pihak yang tidak bertanggungjawab membawa Sabah keluar daripada Malaysia tidak mengikut Perlembagaan dan merupakan tindakan yang derhaka dan harus diambil tindakan.
"Sejarah Sabah dengan Malaysia bermula sejak 1963. Sabah adalah Malaysia dan bukan sekadar sebahagian dari Malaysia, katanya.
Bernama
Sat Aug 30 2014
MUHYIDDIN: Bukan mudah untuk mengurus negara kerana terdapat pelbagai kumpulan masyarakat yang mempunyai kaum, budaya, agama dan cara hidup yang berbeza - Gambar Fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Pengiktirafan global terhadap Palestin yang merdeka penting demi kestabilan serantau
Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967 adalah penting.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Polis cari waris mayat lelaki ditemui di Sungai Merchong
Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui tanpa identiti oleh nelayan di Sungai Merchong, Nenasi di Pekan, pada 19 Ogos lalu.
Agong, PM hadir sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya
Sambutan dimulakan dengan persembahan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 daripada Kementerian Pendidikan melibatkan 1,500 murid.
Konsep Malaysia MADANI satukan rakyat, hargai makna Merdeka
Dalam Konsep Malaysia MADANI, perpaduan merupakan kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan.
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini
Seawal jam 6 pagi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue bagi menyertai program yang dirasmikan pada jam 7.30 pagi.
Kerajaan Perpaduan berjaya kembalikan wajah sebenar Malaysia - AMK
Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah manifestasi cita-cita bapa-bapa kemerdekaan yang sebenarnya dan telah berjaya mengembalikan wajah sebenar Malaysia.