KUALA LUMPUR: Industri penerbangan global telah bermula dengan kukuh pada 2024 walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dengan permintaan penumpang global Januari menunjukkan peningkatan 16.6 peratus.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang mengukur jumlah permintaan berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.
"Jumlah kapasiti, diukur dalam kilometer tempat duduk tersedia, melonjak 14.1 peratus; dan faktor beban ialah 79.9 peratus (naik 1.7 mata)," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi pasaran penumpang antarabangsa, kapasiti meningkat 20.9 peratus dan faktor muatan kekal pada 79.7 peratus pada Januari 2024, katanya.
Bagi pasaran penumpang domestik, kapasiti meningkat 4.6 peratus dan faktor muatan ialah 80.2 peratus (naik 4.2 mata).
Mengenai syarikat penerbangan di Asia-Pasifik, IATA berkata trafik antarabangsa pada Januari 2024 menyaksikan 45.4 peratus peningkatan tahun ke tahun, meneruskan pemulihan di rantau ini selepas sekatan perjalanan ditamatkan.
Ia berkata kapasiti meningkat 48.1 peratus tetapi faktor beban turun sebanyak 1.5 mata peratusan kepada 82.6 peratus.
"Kadar pertumbuhan yang kukuh ini sebahagian besarnya disebabkan oleh China kerana menamatkan sekatan perjalanan COVID-19 pada Januari 2023.
"Laluan antarabangsa utama ke/dari Asia Pasifik masih belum pulih tetapi laluan seperti Asia-Timur Tengah telah melebihi tahap sebelum pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
IATA berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus. - Gambar hiasan
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Permintaan penumpang global naik 13.8 peratus pada Mac 2024 - IATA
Jumlah permintaan penumpang global, diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 13.8 peratus pada Mac 2024 berbanding Mac 2023.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
MAVCOM akan kemukakan pindaan ke atas levi karbon untuk diwartakan akhir April
MAVCOM akan mengemukakan pindaan kepada Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) berkaitan levi karbon untuk diwartakan menjelang akhir April 2024.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
Permintaan penumpang udara global meningkat pada 2024 - IATA
IATA berkata permintaan antarabangsa melonjak 20.8 peratus manakala permintaan domestik naik 10.4 peratus.
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.
Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.