KUALA LUMPUR: Malaysia, Thailand dan Indonesia menunjukkan peningkatan dalam permintaan perumahan di sebalik ketidaktentuan global, kata Ketua Risikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, Dr Lee Nai Jia.
Lee dalam satu kenyataan berkata pada suku kedua tahun ini, pasaran kediaman di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam mencatatkan kenaikan harga walaupun jualan di Singapura dan Vietnam semakin perlahan.
Berkongsi penemuannya dalam laporan 'Asia Tenggara: Trend Ekonomi Makro dan Kesan kepada Pasaran Kediaman (Oktober 2022) dibangunkan oleh PropertyGuru For Business, Lee berkata tidak semua merudum bagi pasaran hartanah kediaman di Asia Tenggara.
"Apa perkara positif pada asas ekonomi di Asia Tenggara walaupun dua rakan perdagangan utama ASEAN - China dan Amerika Syarikat telah memberi petunjuk penurunan pada suku kedua tahun 2022 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat mencatatkan kemerosotan kadar tahunan 0.6 peratus pada suku kedua 2022, meneruskan penurunan 1.6 peratus pada suku pertama," kata kenyataan itu.
Keyakinan itu wujud berikutan pasca pandemik dan kelonggaran sekatan membawa sedikit kelegaan, ditambah dengan pasaran buruh yang kukuh, ia menyokong pasaran perumahan yang mantap, aliran stabil pelaburan langsung asing ke Asia Tenggara juga berperanan sebagai penampan terhadap perubahan pasaran yang disebabkan oleh pandemik dan peperangan.
"Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam merekodkan peningkatan semula berikutan pembukaan semula pintu sempadan dan kelonggaran sekatan terhadap membendung COVID-19.
"Faktor yang menyokong pertumbuhan pasaran Malaysia sudah pun wujud, Malaysia dan Vietnam kedua-duanya merekodkan peningkatan KDNK tertinggi, masing-masing pada kira-kira 8.9 peratus dan 7.7 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2022. Apabila ekonomi pulih sama seperti paras sebelum pandemik, pasaran buruh semakin ketat di lima negara ASEAN," kata Lee.
Ini membawa kepada kedudukan kewangan yang lebih baik yang seterusnya memudahkan penyelenggaraan pembayaran gadai janji dan menaikkan harga yang diminta.
Beliau berkata pada masa depan dan tanpa mengambil kira sebarang kejutan kepada ekonomi, pertumbuhan ekonomi untuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dijangka menjadi sederhana pada separuh pertama 2023 manakala Vietnam diunjurkan mengalami pengembangan ekonomi.
"Kami menjangkakan bahawa pasaran kediaman di Malaysia dan Indonesia akan beralih, di mana harga meningkat tetapi jumlah jualan menurun pada separuh pertama 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Malaysia, Thailand dan Indonesia menunjukkan peningkatan dalam permintaan perumahan di sebalik ketidaktentuan global. -Gambar fail/PropertyGuru
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Pasaran hartanah Malaysia dijangka stabil tahun ini
Keadaan membabitkan hartanah siap tidak terjual dijangka bertambah baik pada tahun ini.
Minat miliki hartanah tinggi, namun permintaan pembelian kurang - PropertyGuru
Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi.
Permintaan hartanah Malaysia susut kerana harga meningkat pada suku keempat 2022 - PropertyGuru
Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku pertama 2023 menunjukkan harga hartanah terus meningkat walaupun berlaku penurunan permintaan daripada pembeli.
Permintaan perumahan meningkat di Malaysia, Indonesia di sebalik ketidaktentuan global
Malaysia, Thailand dan Indonesia menunjukkan peningkatan dalam permintaan perumahan di sebalik ketidaktentuan global kata Ketua Risikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, Dr Lee Nai Jia.
Penghuni rumah mampu milik tidak mampu berpindah keluar - Kajian PropertyGuru
Empat dari lima keluarga yang menghuni rumah mampu milik atau perumahan kos rendah dan sederhana cenderung untuk kekal dalam jenis perumahan yang sama seumur hidup.
PropertyGuru, iProperty.com bekerjasama lancar anugerah PropertyGuru Asia Malaysia
PropertyGuru dan iProperty.com.my menjalin kerjasama untuk melancarkan Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-9.
Campur tangan kerajaan secara langsung diperlukan bagi sedia rumah mampu milik di kawasan utama - PropertyGuru
Satu-satunya cara untuk menyediakan perumahan mampu milik di kawasan utama dengan harga tanah yang tinggi adalah melalui campur tangan kerajaan secara langsung seperti subsidi dan kawalan sewa.
Beli hartanah? Liputan jalur lebar jadi pertimbangan utama - PropertyGuru
Selain liputan jalur lebar, antara perkara lain menjadi pertimbangan utama pembeli hartanah adalah akses pengangkutan, pelaksanaan projek mega serta pengaliran udara dalam rumah.
Inisiatif nasional diterima baik golongan pencari rumah - Kajian PropertyGuru
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia paling berpuas hati dengan moratorium pembiayaan enam bulan Bank Negara Malaysia (BNM).
Pemikiran lama masih jelas, rakyat Malaysia pilih miliki rumah daripada sewa - Kajian
Meskipun pasaran hartanah berada dalam aliran yang berkembang selain demografi, pemikiran lama masih jelas, yang mana 92 peratus rakyat Malaysia lebih gemar miliki sendiri rumah daripada menyewa.