KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan tepung gandum di pasaran seperti yang dilaporkan media ketika ini adalah disebabkan jenama tertentu mendapat permintaan tinggi dan bukan disebabkan tindakan India menyekat eksport gandum ke pasaran global.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya adalah dari Australia.
"Kalau ada gangguan bekalan mungkin sebab permintaan tinggi bagi sesuatu jenama dan disebabkan itu ia cepat habis. Buat masa ini kita tidak kesan lagi kekurangan gandum di pasaran, kita tidak terima aduan secara langsung kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kita dapat maklumat dari media dan kita siasat seperti di Melaka terdapat kes terpencil sahaja dan bukannya menyeluruh (seluruh negara)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Salam Aidilfitri 2022 Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sini semalam.
Beliau turut menjelaskan setakat ini kekurangan bekalan tepung gandum tidak dilihat sebagai kritikal namun pihaknya terus membuat pemantauan berterusan.
BACA: Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP
Dalam pada itu, Nanta menjelaskan sekiranya terdapat peningkatan harga tepung gandum ia bukan daripada bekalan yang bersubsidi kerana tepung gandum bersubsidi kekal pada kadar RM1.35 sen bagi satu kilogram.
Katanya negara mencatatkan penggunaan tepung gandum bersubsidi sebanyak 100,000 tan metrik setahun manakala yang tidak bersubsidi sekitar 192,959 tan metrik.
BACA: Malayan Flour Mills dijangka naikkan harga jualan tepung bagi tampung kenaikan harga gandum - AmInvestment
Nanta juga berkata peniaga yang didapati mencatu bekalan tepung berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Katanya KPDNHEP akan memperkenalkan satu inisiatif bagi memudahkan pengguna mengenal pasti produk bersubsidi di pasaran, sekali gus mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022
Nanta berkata, setakat ini kekurangan bekalan tepung gandum tidak dilihat sebagai kritikal namun KPDNHEP terus membuat pemantauan berterusan. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan
Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.
Aidilfitri: Kerja selenggara libat penutupan lorong dihentikan sementara - Alexander
Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
KKR, LLM laksana persediaan tangani kesesakan trafik di lebuh raya menjelang Aidilfitri
Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan amat prihatin berhubung kesesakan lalu lintas yang berlaku menjelang musim perayaan ini khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan
WCE siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.