Permohonan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan notis pihak pendakwaan terhadapnya mewajibkan pengisytiharan perolehan harta dalam kes pengubahan wang haram akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Mei ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas selepas mendengar hujahan daripada pihak Rosmah, yang diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon, Reza Rahim, N. Rajivan dan Datuk K. Kumaraendran dan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Sri Gopal Ram.
Terdahulu, Sri Ram dalam hujahannya berkata notis diberikan kepada Rosmah bagi mengisytiharkan harta mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 bukan peruntukan bagi perbicaraan, sebaliknya terma khas sebelum prosiding bicara bermula.
Pihak pendakwaan, katanya, berhak untuk mendapatkan pendedahan terhadap harta yang menjadi perkara asas dalam kes membabitkan aktiviti pengubahan wang haram itu.
Katanya, undang-undang dan peruntukan perlembagaan membenarkan peruntukan Seksyen 49 itu bagi tujuan sebelum perbicaraan.
BACA: Projek solar: Rosmah kekal pengakuan tidak bersalah
Sementara itu, Reza berkata notis tersebut adalah tidak adil kerana diminta untuk mengisytihar harta dan dibicarakan pada masa sama melibatkan isu sama.
Pada 4 Okt lalu, Rosmah, isteri kepada Datuk Seri Najib Razak, mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.
Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 4 Dis 2013 dan 1 Mei 2018.
Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan beliau bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2019
Pada 4 Okt lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan. - Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.
SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.
'Siapa saya nak larang pegawai, anggota pandu kereta mewah, tapi isytihar harta dulu' - Mohd Shuhaily
Semua pegawai dan anggota polis yang menjawat jawatan-jawatan sensitif diarah untuk mengisytiharkan harta masing-masing dengan segera.
PRN: 'Dedah siapa dalam PH-BN yang takut isytihar harta' - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, menteri BN ketika berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 telah mengisytiharkan harta mereka.
Mengikut deklarasi aset SPRM, Anwar yang tidak isytihar harta - Tun M
Dr Mahathir memaklumkan yang beliau telah mengisytihar harta sebanyak RM32.35 juta yang merangkumi tiga buah rumah serta aset-aset lain.
Isytihar harta: PM Anwar bincang dengan SPRM, tetapkan parameter jelas dan telus
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang dengan pelbagai agensi termasuk SPRM bagi menetapkan parameter jelas berhubung aspek pengisytiharan harta agar lebih telus.
PRU15: Masih keliru pilihan kalbu?
Ada yang menjadi keliru mungkin kerana mendapat maklumat terkini bahawa si polan yang ingin disokong rupanya terpalit skandal.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
PRU15: Calon tidak wajib isytihar harta - Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak termasuk dalam akta perundangan bagi mana-mana calon yang bertanding.
PRU15: Isytihar harta selepas dilantik dalam kerajaan - Khairy
Calon PRU15 dari BN akan isytiharkan harta mereka setelah dilantik sebagai anggota Kabinet, kata Khairy Jamaluddin.