PUTRAJAYA: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula esok hingga 28 Mac depan bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.
"Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.
"Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian," menurut KPT.
Kenyataan itu turut memaklumkan semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang tersebut bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Menurut KPT terdapat 471 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,088 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau setaraf oleh UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA). - Gambar hiasan
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun
Daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Man on the Run: Belum ada sebarang keputusan berhubung permohonan Najib - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.
JPN terima 1,116 permohonan Orang Asli di Kelantan
Menurut JPN, proses pendaftaran kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan tidak memerlukan tempoh yang lama untuk diselesaikan sekiranya permohonan dilakukan mengikut prosedur yang betul.
Permohonan MAIPs untuk beri pendidikan asas Islam kepada tiga kanak-kanak mualaf ditolak
Menurut Hakim, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan MAIPs tidak mempunyai merit.
LKTN sasar 60,000 permohonan daftar lesen tembakau menjelang 2024
LKTN menyasarkan menerima 60,000 permohonan pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau menjelang tahun depan.
Permohonan dalam talian sepenuhnya di tiga pejabat imigresen mulai 1 Jun
Urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa di tiga pejabat imigresen akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya.
Polis Kelantan terima 85 permohonan permit jual mercun
Sebanyak 34 permohonan diluluskan, 48 dalam proses penilaian dan tiga permohonan ditolak kerana gagal memenuhi syarat.
Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.
Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).