IPOH: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 69 tahun berasal dari Taman Bercham Jaya di sini dan merupakan pesara guru itu membuat laporan polis semalam apabila menyedari dirinya telah tertipu dengan skim pelaburan berkenaan.
Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati pada Ogos 2023, mangsa yang ketika itu berada di rumah telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bertulisan bahasa Cina iaitu "S4 Pandangan Baru Terhadap Kekayaan Group" menawarkan skim pelaburan wang menggunakan platform "Accerx" yang tidak wujud.
Katanya, suspek yang berperanan sebagai pentadbir kumpulan telah menunjukkan cara-cara menyertai pelaburan tersebut sehingga menarik minat mangsa.
"Sejak itu, mangsa telah memasukkan dana sebanyak 17 kali ke dalam 12 akaun bank berbeza berjumlah RM442,947. Namun apabila mangsa ingin mengeluarkan wang keuntungan, suspek telah meminta mangsa membuat bayaran, barulah mangsa sedar beliau telah ditipu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, beliau memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di platform media sosial, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial. - Gambar hiasan
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
Pesara guru rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu.
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun
Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam PhD UKM.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang
Pesara guru berusia 88 tahun aktif dalam bidang origami selama 24 tahun.
Pesara guru rugi lebih setengah juta terjerat 'phone scam'
Mangsa berusia 59 tahun menerima panggilan telefon daripada satu syarikat insurans pada 14 Januari lepas.
Reman lelaki tikam ibu kandung dilanjutkan
Tempoh tahanan reman terhadap seorang duda yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu minggu lalu dilanjutkan tujuh hari lagi.
Lelaki dakwa tikam ibu selepas terdengar 'bisikan' - Polis
Suspek berusia 38 tahun yang merupakan anak sulung mangsa mengaku menikam ibunya menggunakan pisau pemotong sayur sepanjang 26 sentimeter (cm).
Pinjaman RM2.5 juta tak dapat, pesara guru rugi RM472,941
Tujuan wanita itu buat pinjaman RM2.5 juta ialah untuk bantu rakan warga Amerika Syarikat yang mengalami kerugian dalam perniagaan.