KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat yang sedang menjalani latihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dipercayai gagal mendarat dengan baik hingga menyebabkan tayar hadapan tertanggal dalam kejadian pada jam 3.07 petang, hari ini.
Kejadian tersebut disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 yang dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC).
Beliau menambah, pesawat latihan dengan nombor pendaftaran 9M-ITX itu bagaimanapun telah dialihkan dari landasan pada pukul 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
"Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Lapangan terbang tersebut kembali beroperasi pada pukul 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan," katanya dalam kenyataan itu pada Selasa,
Norazman berkata siasatan lanjut berhubung insiden itu dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.
Astro Awani
Tue Jan 23 2024
Pesawat latihan dengan nombor pendaftaran 9M-ITX telah dialihkan dari landasan pada pukul 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut - Foto/fail
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
CAAM lakukan pemeriksaan tujuan khas di 19 lapangan terbang seluruh negara
Pemeriksaan itu tertumpu kepada kemudahan aerodrom yang kritikal termasuk landasan, laluan pesawat, apron dan penunjuk arah angin.
IATA alu-alukan caj PSC baharu, perkhidmatan perlu sepadan
Goh berkata ketelusan diperlukan mengenai cara kos dapat diperoleh semula daripada pengguna lapangan terbang secara adil.
CAAM gantung operasi empat model pesawat Blackshape berkuat kuasa hari ini
CAAM gantung semua operasi penerbangan pesawat Blackshape model BS 115, BK 160, BK 60-200 dan BK 160TR dalam ruang udara Malaysia, berkuat kuasa hari ini.
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik
Penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
"10 tahun berlalu, orang ramai masih salahkan saya kehilangan MH370" - Azharuddin
Azharuddin sifatkan kehilangan 239 penumpang dan anak kapal dalam tragedi MH370, sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.
Pesawat latihan tertanggal tayar semasa mendarat - CAAM
Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Palam pintu pesawat tercabut, CAAM tawar bantuan kepada FAA Amerika Syarikat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersedia menawarkan bantuan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).
Rang undang-undang penggabungan Mavcom-CAAM dibentangkan tahun depan - Loke
Kementerian Pengangkutan dijangka membentangkan rang undang-undang mengenai cadangan penggabungan Mavcom dan CAAM pada persidangan Parlimen tahun depan.
Sijil AOC MYAirline digantung sementara - CAAM
Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) MYAirline digantung sementara berkuat kuasa hari ini.