KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh susulan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, yang dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar daripada Suhardi kerana status MOM selaku badan payung persatuan sukan kebangsaan dijamin dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.
"Kenyataannya, andai ia benar, melambangkan niat jahat daripada Pesuruhjaya Sukan.
"Walaupun MOM tidak berada dalam perjumpaan berkenaan, ugutan itu dikeluarkan tanpa sebarang sebab," dakwanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Biarpun enggan membuat kesimpulan secara terburu-buru, Mohamad Norza menuntut Suhardi menjelaskan keadaan sebenar memandangkan kenyataan dibuatnya disifatkan melampaui batas.
Beliau pada masa sama juga mengarahkan Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Mohd Najib, mengambil tindakan sewajarnya dengan mengemukakan bantahan, jika ia benar berlaku.
Klip audio berdurasi satu minit 20 saat tular menerusi aplikasi WhatsApp memetik Suhardi mengugut membatalkan pendaftaran MOM.
Rakaman perbualan itu dipercayai dibuat ketika perjumpaan antara Suhardi dan dua kumpulan mewakili kelompok pucuk pimpinan e-sukan berhubung pendaftaran dan keahlian antarabangsa sebuah badan induk sukan berkenaan pada 14 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Norza menyifatkan kenyataan sedemikian adalah satu tindakan yang tidak wajar. - Gambar fail
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
MOM sedia bincang dengan KBS wujud peruntukan untuk hasil filem sukan
Usaha itu bagi mengetengahkan elemen perpaduan dan memupuk semangat patriotisme terutamanya dalam kalangan generasi muda.
MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28
MOM meminta agar sukan flag football untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik LA28.
MOM desak menteri campur tangan
MOM mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias.
Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.
Sukan Asia: MOM tunggu keputusan IOC mengenai penyertaan atlet Rusia, Belarus
MOM akan menunggu keputusan IOC sebelum membuat pendirian rasmi berhubung langkah OCA membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.
Kemboja: 4 maut minum wain beras mengandungi kadar metanol tinggi
Empat orang maut di wilayah Ratanakiri di timur laut Kemboja selepas meminum wain beras yang mengandungi kadar metanol yang tinggi, kata pegawai pada Selasa.
MILO, MOM perkukuh kerjasama bina negara juara
MILO meneruskan dedikasinya terhadap industri sukan negara dengan pemeteraian perjanjian penajaan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Isnin.
Perlu analisis mendalam terhadap prestasi suram Sukan SEA Kemboja
Pihak berkepentingan yang terlibat dalam kancah sukan negara perlu mengakui kelemahan sukan tempatan dan berusaha mencari cara untuk kembali menjadi antara pencabar pingat di Sukan SEA.
SEAGF setuju kurangkan sukan tradisional, 'pelik' di Sukan SEA - Norza
Tiga edisi Sukan SEA selepas ini akan mengurangkan penganjuran sukan 'pelik' dan tradisi, dengan keutamaan pada sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan Sukan Asia.