KUALA LUMPUR:Sekatan jalan raya (SJR) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara akan diadakan kembali, seperti yang pernah dilaksanakan pada 18 Mac tahun lepas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan SJR kali ini lebih tegas dengan pasukan PDRM akan menjadi barisan hadapan dengan dibantu pihak tentera bagi memastikan usaha mengekang pandemik COVID-19 berjaya.
“Sekatan jalan raya akan kembali seperti dulu dan kini di semua kawasan termasuk yang terletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Walaupun pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) mempunyai kuasa yang sama dengan pihak polis (untuk mengadakan sekatan jalan raya sekiranya perlu) di bawah ordinan darurat yang baharu, tetapi kita (ATM) telah bersetuju bahawa kita hanya akan membantu sahaja,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.
SJR akan bermula ditingkatkan tengah malam ini.
Di SELANGOR, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara akan melakukan tiga SJR dan empat penutupan jalan bagi daerah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, tiga SJR adalah di Lebuhraya Selat Klang Utara di hadapan Pusat beli belah AEON Bukit Raja; Plaza Tol Bukit Raja (arah Klang ke Shah Alam) dan Batu 10 Jalan Kapar (dari arah Kuala Selangor ke Klang).
Di JOHOR, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, 51 SJR diadakan di seluruh negeri ini melibatkan penugasan seramai 1,040 pegawai dan anggota polis dan menurutnya penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP juga akan diperhebat lagi.
Di PERAK, Ketua Polis Negeri, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, 16 SJR akan didirikan di sempadan negeri bermula tengah malam ini dan 352 pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan di seluruh negeri bagi memastikan PKPB yang dilaksanakan di Perak dipatuhi.
Sementara itu, di PULAU PINANG, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, 39 SJR akan dijalankan membabitkan 1,142 anggota polis, tentera, Jabatan Sukarelawan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan PKP di negeri berkenaan.
"Selain menjalankan pemeriksaan di kawasan SJR turut dilaksanakan pemantauan di premis-premis termasuk kawasan tumpuan pelancong dan rekreasi," katanya.
Di TAWAU, polis melaksanakan sembilan sekatan jalan raya Op COVID-19 berikutan PKP di seluruh Sabah dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas turut mengingatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan atau tanpa alasan yang dibenarkan.
Mulai tengah malam ini SJR akan dilakukan di Kilometer 50 Check Point; Jalan Tiku; Batu 2 1/2 Jalan Apas; Jalan Kuhara; Jalan Tawau Lama; Jalan Tanjung Batu; Jalan Utara; Simpang Jambatan Putih dan Road Chek Point (RCP) di Jalan Kalabakan.
Di TERENGGANU, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, lima SJR termasuk di bahagian sempadan akan dilakukan berikutan PKPB di negeri itu.
“Kita ada 544 pegawai dan anggota untuk menjalankan SJR dan rondaan di semua tempat termasuk kawasan kampung.
"Saya amat berharap semua pihak dapat memahami tujuan sekatan ini dan patuhilah SOP yang telah ditetapkan,” katanya dan menambah tiga lokasi SJR di Kemaman iaitu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Paya Berenjut dan Tol Cheneh manakala di Besut, melibatkan Pachakan dan Tok Saboh.
Di PAHANG, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jumlah anggota bagi penugasan SJR mencukupi meskipun kini ramai anggotanya yang berkhidmat di lapangan akibat banjir melanda sembilan daerah di negeri itu.
Beliau berkata, kawalan di sempadan negeri juga akan diperhebatkan selain lokasi SJR dijangka melibatkan lebih daripada 20 kawasan.
Di NEGERI SEMBILAN, 17 SJR di seluruh negeri itu akan dilaksanakan, antaranya di jalan Lubok China/Melaka, Sungai Lui/Pahang, Tampin/Melaka dan Port Dickson/Sepang serta di plaza tol susur keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di tol Pedas, tol Seremban/Labu, tol Nilai/Plus, tol Pajam/Mantin dan tol Setul/Lekas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, untuk tujuan itu, seramai 150 pegawai dan anggota PDRM akan ditugaskan mengawal laluan keluar masuk ke negeri ini dengan dibantu seramai 140 anggota ATM serta 60 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal pula dalam satu kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan melaksanakan tujuh penutupan jalan di beberapa kawasan pentadbirannya sehingga PKP ditamatkan.
Lokasi terlibat ialah jalan 4/56 Gasing Indah, Petaling Jaya; Jalan Persiaran Mahogani, Kota Damansara; Jalan Persiaran Jati, Kota Damansara; dan Jalan Persiaran Sungai Buloh, Kota Damansara; Lampu Isyarat PJU 8/1 Damansara Perdana; susur keluar Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana; dan laluan masuk tol Damansara ke Bayu Putri.
"Orang ramai dinasihatkan agar terus berada di rumah serta mematuhi PKP agar jaringan wabak COVID-19 dapat diputuskan,” katanya dalam kenyataan. - Bernama
Bernama
Tue Jan 12 2021
Pelaksanaan SJR kali ini lebih tegas dengan pasukan PDRM akan menjadi barisan hadapan dengan dibantu pihak tentera bagi memastikan usaha mengekang pandemik COVID-19 berjaya. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.