KUALA LUMPUR: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk menggantung sementara sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.
"Pertimbangan dan keputusan itu dibuat berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira cabaran serta perkembangan semasa demi kepentingan kesihatan awam selaras dengan hasrat membendung penularan wabak COVID-19 terutama di dalam komuniti," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, KBS memaklumkan operasi yang dibenarkan adalah membabitkan kemudahan atau premis sukan dan rekreasi yang terhad bagi urusan pengurusan dan penyelenggaraan sahaja; program latihan berpusat secara kuarantin Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri menggunakan konsep Camp Based Training.
Selain itu, turut dibenarkan adalah program latihan berpusat secara kuarantin pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sementara penganjuran kejohanan dan perlawanan persahabatan mengikut model Gelembung Sukan terhad bagi saingan Liga-M tanpa kehadiran penonton.
Pada masa sama, penyertaan atlet dan pegawai tempatan ke kejohanan antarabangsa dengan sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga dibenarkan.
KBS dalam pada itu yakin keputusan ini adalah bersifat sementara dan sentiasa menyokong segala usaha yang dilakukan KKM demi membendung penularan wabak itu seterusnya melandaikan keluk jangkitan.
"Penilaian risiko oleh pihak berkuasa seperti KKM akan dibuat dari semasa ke semasa dan kebenaran bagi sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi untuk dibenarkan beroperasi semula adalah menjadi komitmen utama KBS," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) sektor serta aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) kekal seperti SOP sedia ada.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai SOP Sektor Sukan dan Rekreasi bagi kawasan PKP yang telah dikemas kini di portal MKN dan KBS yang akan dimuat naik dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
KBS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantungan itu termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka. - Gambar hiasan/BERNAMA
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Kebenaran operasi sekolah komuniti di Sabah perlu perbincangan lanjut - KPM
Kebenaran pengoperasian sekolah komuniti, Iskul Sama Dilaut Omadal di Sabah, memerlukan perbincangan lanjut merentasi kementerian dan agensi berkaitan.
MKN pantau ancaman keganasan termasuk di media sosial
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa memantau secara menyeluruh ancaman keganasan di pelbagai medium termasuk di media sosial.
45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan
Kebanyakan APM daerah di Sabah dan Sarawak terpaksa menumpang di premis lain dan ada yang terpaksa beroperasi dari rumah kakitangan APM.
RUU Keselamatan Siber bakal digubal - Anwar
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
"Doakan yang baik-baik, hubungan kami makin rapat" - Zulin Aziz
Pelakon, Zulin Aziz enggan memanjangkan masalah isu rumah tangganya yang berlaku baru-baru ini.
Malaysia, Indonesia tekad wujudkan perairan mesra nelayan
Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.
MPN cadang sistem bersepadu perkukuh jaringan keselamatan sosial
Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan agar kerajaan untuk membangunkan sebuah sistem yang komprehensif dalam memudahcara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat.
Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi
Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.
Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.
Indeks Keselamatan Kebangsaan diperkenalkan hujung tahun ini
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini.