awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB sangat aktif jadi pengantara konflik, kata Guterres
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
AstraZeneca jalin kerjasama dengan syarikat China untuk ubat turunkan berat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB Klang: Sektor ekonomi beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat - Azmin

Fareez Azman
Fareez Azman
08/10/2020
09:01 MYT
PKPB Klang: Sektor ekonomi beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat - Azmin
MOHAMED AZMIN: MITI ingin mengingatkan bahawa syarikat-syarikat dan industri yang berkaitan wajib mematuhi SOP yang ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Semua sektor ekonomi di daerah Klang dibenarkan beroperasi seperti biasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Jelasnya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke -22 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi tadi.
"Daerah Klang merupakan pusat aktiviti perindustrian yang besar serta merupakan hab utama bagi pelabuhan kontena di Malaysia, dengan sumbangan aktiviti perdagangan di Pelabuhan Klang melebihi RM400 bilion pada tahun 2019.
"Justeru, setelah mempertimbangkan situasi kesihatan semasa di Daerah Klang dan kepentingan menjamin kemampanan ekonomi, Sidang MKN hari ini (Khamis) telah memutuskan untuk membenarkan semua sektor ekonomi di Daerah Klang untuk terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya.
Ujarnya, pihak berkuasa juga diarahkan untuk meningkatkan penguatkuasaan pematuhan SOP bagi menjamin keselamatan pekerja-pekerja dan rakyat di Klang.
"Kerajaan menyedari bahawa syarikat dan industri termasuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) telah melabur untuk mewujudkan kemudahan dan langkah-langkah keselamatan dan protokol kesihatan tambahan di premis pekerjaan masing-masing semenjak Kerajaan membuka semula operasi sektor ekonomi pada awal Mei 2020.
"Sehubungan ini, MITI ingin mengingatkan bahawa syarikat-syarikat dan industri yang berkaitan WAJIB mematuhi SOP yang ditetapkan," jelas Mohamed Azmin.
Bagaimanapun, katanya sekiranya gagal mematuhi SOP, tindakan undang-undang serta pemberhentian operasi serta-merta akan dikenakan mengikut akta dan peraturan semasa.
Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keperluan mengimbangi perlindungan keselamatan dan kesihatan rakyat serta menjamin kelangsungan pekerjaan dalam usaha mencerdaskan ekonomi.
Topic Berkaitan
#PKPB Klang
#Klang
#Azmin Ali
#sektor ekonomi
#SOP
#operasi seperti biasa
#COVID-19
#sidang khas
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Muhyiddin Yassin
#daerah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan