awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB Sabah: 122 sekolah harian ditutup bermula esok

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2020
13:08 MYT
PKPB Sabah: 122 sekolah harian ditutup bermula esok
KPM memberi jaminan akan sentiasa memantau situasi COVID-19 di seluruh negara bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah terpelihara.
KUALA LUMPUR:Sebanyak 122 sekolah harian di kawasan yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah bermula Rabu ini, akan ditutup sehari lebih awal.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan di sini, malam ini, sebanyak 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta akan mula ditutup esok.
"KPM ingin merujuk pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada 5 Oktober (hari ini) dan mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk melaksanakan PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang akan berkuatkuasa pada 12.01 tengah malam 7 Oktober 2020.
"Mengambil kira keputusan ini, KPM telah memutuskan sebanyak 122 buah sekolah harian di dalam kawasan tersebut akan ditutup sehari lebih awal, iaitu bermula esok 6 Oktober 2020," jelasnya sambil menambah sekolah di luar kawasan PKPB akan beroperasi seperti biasa.
KPM pada masa sama memberi jaminan akan sentiasa memantau situasi COVID-19 di seluruh negara bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah terpelihara.
BACA: PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula Rabu - Ismail Sabri
Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan PKPB di tiga kawasan tersebut.
Susulan itu, sebarang pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#Penampang
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#COVID-19
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan