KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi, Mukim Sabai, Bentong ditamatkan esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan penamatan itu dibuat selepas meneliti situasi semasa.

Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

Rodzi juga memaklumkan tiada lokaliti baharu yang dikenakan atau dilanjutkan PKPD, hari ini.