KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Beliau berkata PDRM menerima satu laporan mengenai kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat di sebuah balai polis di sini dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Tindakan selanjutnya polis akan mengambil keterangan beliau (Muhyiddin) dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama hari ini.
Sabtu lepas, Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa "haram memberikan undi kepada Suhaizan."
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Siasatan terhadap Muhyiddin itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. - Gambar fail
Israel sahkan kematian empat tebusan di Gaza
Kesemua mereka terkorban ketika operasi kententeraan Israel di Khan Younis di selatan Gaza dan mayat mereka masih ditahan Hamas.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Penggiat semikonduktor sedia manfaatkan NSS bagi pertingkat kedudukan
Wong berkata NSS meningkatkan lagi rantaian nilai negara di peringkat global dan memacu teknologi pembungkusan, peralatan dan automasi maju.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya di peringkat kerajaan tempatan.
Johari mulakan lawatan ke Jepun dengan mengunjungi entiti pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.
PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).
PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.
PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.
PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.
PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.
PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.