KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan didakwa menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 21 kertas siasatan telah dibuka terhadap lelaki itu yang dikenali sebagai N Ganesparan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.
Video yang dimuat naik Ganesparan di media sosial pada 23 Mac itu antara lain mendakwa PDRM pantas mengambil tindakan terhadap kepada rakyat berbangsa Cina yang menghina Islam.
Begitupun, katanya, tindakan sama tidak diambil terhadap beberapa individu seperti Zakir Naik, Firdaus Wong dan Zamri Vinoth yang dakwanya menghina agama bukan Islam.
“Hasil penelitian, polis mendapati kandungan posting tersebut boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan ketika menyentuh beberapa isu dalam Malaysia.
Antaranya, beliau mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya berfungsi untuk orang bukan Islam.
Ridauddin Daud
Tue Mar 26 2024
Kes tersebut disiasat mengikut Sek 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.