TAMPIN: Sebutir bom lama dipercayai tinggalan perang dunia kedua dimusnahkan di sebuah kawasan selamat di kebun getah di Blok 4, Jelai 1, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata, bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
"Seorang peneroka berusia 45 tahun menemukan bom itu di kawasan kebun getah miliknya lalu melaporkan kepada polis.
"Kami mengesan kedudukan sebenar bom berkenaan berdasarkan maklumat diberikan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata selepas membuat pengesahan objek itu, pihaknya memasang tali halangan polis bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Seorang peneroka berusia 45 tahun menemukan bom itu di kawasan kebun getah miliknya lalu melaporkan kepada polis. - Foto: Ibu Pejabat Daerah Tampin
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas
Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.
Bom Perang Dunia Kedua ditemui di Yong Peng
Bom lama jenis UXO Aerial Bomb itu diletupkan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 11 pagi.
Sebutir bom lama dijumpai di kawasan rekreasi Sungai Kedondong
Sebutir bom lama dijumpai di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali - Genting Highland, dekat sini pada Rabu lepas.
Bom lama dijumpai di Kepong tidak aktif dan berbahaya - Polis
Pegawai UPB mengesahkan objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM.
Polis musnah bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua
Bom jenis Artillery Shell berukuran 20 sentimeter itu diletupkan pada 9 pagi oleh Unit Pemusnah Bom dari IPK Negeri Sembilan.
Bom lama ditemui di ladang sawit di Slim River
Polis Daerah Muallim menerima maklumat mengenai penemuan bom itu daripada kira-kira jam 4 petang.
Jumpa bom lama dalam ladang
Pemusnahan dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
Bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Beaufort
Bom itu ditemui sekumpulan pekerja binaan yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.
Bom tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di Bera
Bom itu dijumpai pada 3.30 petang oleh seorang peneroka semasa membersihkan tanah di belakang rumahnya, yang kemudian menghubungi polis.
Objek disyaki bom lama ditemui di Kampung Pisang bukan bom sebenar - Polis
Objek disyaki bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Kampung Pisang, Simpang Renggam, pada Rabu lalu bukan bom sebenar.