GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri itu setiap hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penambahan itu bukan sahaja melibatkan masyarakat Cina yang pulang untuk menyambut perayaan bersama keluarga, malah turut membabitkan pelancong berikutan cuti panjang.
Pihaknya turut menjangkakan berlaku kesesakan di beberapa lokasi di negeri ini terutama di pusat bandar dan polis akan meningkatkan pemantauan serta pemeriksaan berkala di kawasan tersebut.
"Tujuh jalan yang akan berlaku kepadatan dan juga hotspot kemalangan di Pulau Pinang yang dikenal pasti itu ialah Jalan Teluk Air Tawar - Jalan Bagan Luar (Seberang Perai Utara), Jalan Perusahaan Perai - Jalan Kulim (Seberang Perai Tengah), Jalan Besar Simpang Empat (KM12-KM32), Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu/ Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam - Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar Jalan Perak di sini hari ini.
Beliau turut melancarkan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri yang bermula hari ini sehingga 6 Feb ini.
Katanya, seramai 110 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang terlibat dalam operasi tersebut dan JSPT turut berkolaborasi dengan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bagi kempen rumah selamat dan pencegahan jenayah.
"Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai polis di Pulau Pinang adalah 6,000 lebih, semua bertugas seperti biasa dan kita tidak bekukan cuti cuma hadkan sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri itu setiap hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb ini. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.
PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.
Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.
Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.
Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.
Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.
352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.
Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.
Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.