KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium yang dijadikan sarang memproses dadah diserbu sepasukan polis awal pagi Rabu yang membawa kepada penahanan lapan individu terdiri daripada dua warga tempatan dan enam warga asing.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata dalam serbuan pada jam 7 pagi di sebuah kondominium di Jalan Law Yew Swee itu, dua warga tempatan masing-masing seorang lelaki dan wanita telah ditahan dan pelbagai jenis dadah bersama peralatan dan bahan memproses dadah dirampas.
Menurut Noor Dellhan, hasil soal siasat yang dijalankan ke atas dua individu itu, polis telah melancarkan empat serbuan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Dang Wangi dan telah menahan lima lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan warga asing.
"Dalam serbuan tersebut, polis telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine seberat 796 gram; methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) (382 g); serbuk MDMA (353 g); cecair methamphetamine (220 mililiter); ketamin (211.62 g) dan cecair MDMA (25 ml) dengan nilai rampasan kira-kira RM191,693," katanya dalam satu kenyataan.
Noor Dellhan berkata kesemua individu yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan disyaki terlibat secara langsung dalam kegiatan memproses dan membungkus dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang serta telah bergiat aktif sejak setahun lalu.
"Saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati empat suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine manakala empat lagi adalah negatif," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan semua suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 14 Julai.
"Polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah dan diharapkan masyarakat dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Pelbagai jenis dadah bersama peralatan dan bahan memproses dadah dirampas. Foto Facebook/Polis KL
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.