TANAH MERAH: Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata anggota unit kereta peronda (MPV) menahan kedua-dua penganggur berusia 20 dan 30 tahun di Kampung Batu Gajah pada 9 malam.
"Kedua-dua suspek ditahan ketika berada dalam sebuah kereta dalam mencurigakan.
"Pemeriksaan menemukan 30 kotak minyak masak peket seberat 510 kilogram (kg) dan 720kg gula putih bernilai RM5,500," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati barang kawalan itu cuba di seludup keluar melalui sempadan Malaysia-Thailand berdekatan daerah ini.
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 23 Jan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Barangan rampasan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tanah Merah untuk tindakan susulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Polis tahan dua penganggur cuba seludup minyak masak, gula ke Thailand
Polis menahan dua lelaki bersama minyak masak dan gula yang cuba diseludup ke negara jiran Thailand, semalam.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Enam warga asing ditahan terlibat dalam kegiatan pelacuran
Polis menahan enam warga asing termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Pudu petang semalam.
Polis tahan seorang lelaki seludup arak lebih RM700,000 di Muar
Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai melibatkan rampasan bernilai RM737,295.54.
Gagal tunjuk dokumen sah, polis tahan 106 warga asing
Polis menahan 106 warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah, ketika diperiksa dalam satu operasi di sebuah pasar borong hari ini.
Polis tahan suami isteri, rampas 8.5kg syabu di Changlun
Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis syabu seberat lebih 8.5 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM297,500 di Changlun.