Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta bertegas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki beliau sebagai Presiden PAS untuk menghapuskan golongan parasit dalaman daripada terus menghancurkan parti itu.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ketika memetik laporan Utusan Malaysia berkata, tanpa ketegasan itu, suara dan perjuangan ulama di dalam PAS akan tenggelam kerana 80 peratus daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat telah dikuasai oleh golongan berkenaan.
Beliau berkata, krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan bagaimana pengaruh kumpulan parasit itu yang terdiri daripada golongan profesional berjaya menenggelamkan suara ulama sehingga PAS terpaksa patuh kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Saya rasa selama ini Presiden PAS terlalu berlembut. Beliau sepatutnya menjadi pemimpin yang lebih tegas dan tahu bagaimana caranya menjinakkan pemimpin bawahannya untuk memastikan dasar parti tidak lagi tersasar.
"Abdul Hadi perlu menggunakan kuasanya sebagai Presiden dan itu bukanlah satu masalah kerana jika tidak, para pemimpin yang tidak menyokongnya akan mengambil kesempatan sehingga berlaku seperti sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai kemuncak toleransi dan setiakawan PAS dalam pakatan pembangkang.
Sabtu lalu, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, pada sebelah petangnya, PAS akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Keputusan berkenaan sekali gus menolak pendirian Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Hasan berkata, pandangan Nik Abduh itu menggambarkan ketidakselesaan PAS di dalam pakatan pembangkang namun realitinya, parti itu terpaksa mematuhi apa sahaja keputusan yang telah diatur oleh sesetengah pemimpin yang menyokong PKR dan DAP.
"Kenyataan Nik Abduh dan (bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) Nasrudin Hassan sentiasa seiring dengan parti setiap kali memberi pendapat, tetapi kalau sekadar memberi pandangan apa gunanya kerana keputusan parti akhirnya dipengaruhi oleh parasit ini.
"Kumpulan parasit ini semakin kukuh bertapak malah di media sosial atau pun forum-forum pembangkang merekalah yang hadir mewakili parti. Jadi sokongan itu semakin bertambah terutama daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah," katanya.
Agensi
Thu Aug 21 2014
Presiden PAS perlu guna kuasa hapus parasit dalam parti - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Presiden PAS perlu tegas hapus parasit dalam parti - Hasan Ali
Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta bertegas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki beliau sebagai Presiden PAS untuk menghapuskan golongan parasit dalaman daripada terus menghancurkan parti.