KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan barangan asas terutamanya yang bersubsidi tidak mengalami kenaikan harga, sekali gus menafikan dakwaan harga barangan berkenaan dijangka naik mendadak pada Ogos atau September ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tinjauan kementerian tersebut mendapati harga ayam, telur ataupun RON95 serta diesel ketika ini masih berada pada harga yang ditetapkan dan terkawal.
Malah, ujarnya terdapat beberapa pasar raya yang mengambil inisiatif menjual harga minyak masak keemasan botol lima kilogram (kg) pada harga yang lebih rendah berbanding yang ditetapkan kerajaan iaitu RM30.90.
"Berdasarkan libat urus yang kita dah panggil hampir 30 industri dengan kementerian minggu lepas, mereka semacam memberi kata sepakat tidak mungkin berlaku kenaikan yang melampau (sehingga hujung tahun ini).
"Kalau ada pun mereka akan runding kembali dengan pihak kerajaan untuk kita lihat (kembali) harga-harga tersebut," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di Econsave Setapak Central di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan segelintir pihak sengaja memainkan isu kenaikan harga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
"Saya akan kira dalam satu troli yang kita telah buat kajian bagi B40 dan miskin tegar yang berbelanja, itulah yang akan masuk dalam troli itu.
("Pengiraan ini) akan membuktikan bahawa harga tidak naik melampau dan dengan Jualan Rahmah, harganya lebih rahmah dan rakyat akan dapat lagi menikmati harga yang sebenarnya lebih rendah daripada harga yang tidak ada Jualan Rahmah.
"Oleh itu, saya mengharapkan rakyat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan serangan-serangan yang mungkin berobjektif untuk menghadapi PRN di enam negeri ini," ujar Salahuddin.
Dalam masa sama, Salahuddin berkata menerusi Ops Manis, kementerian mendapati setakat Hari Raya Aidiladha lalu, harga gula masih lagi stabil dan pihaknya tidak menerima sebarang aduan tentang kekurangan gula.
Terdahulu media melaporkan harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 11 2023
Salahuddin berkata, tinjauan kementerian tersebut mendapati harga ayam, telur ataupun RON95 serta diesel ketika ini masih berada pada harga yang ditetapkan dan terkawal - Foto/AWANI/Shahir Omar
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.