KUALA LUMPUR: Tiada amalan berat sebelah atau ‘double standard’ dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP), terutamanya sewaktu pilihan raya negeri yang bakal berlangsung di Melaka, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata, beliau tidak boleh memberi jaminan apa yang berlaku di PRN Sabah tempoh hari, sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak kes COVID-19, tidak akan berulang lagi.
Ahli Parlimen Santubong itu berkata, biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan SOP berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), tapi ia tak akan berguna jika tidak dipatuhi rakyat, serta parti politik dan aktivis politik.
“Saya bercakap bagi pihak MKN, KKM dan SPR. Di sini ada dua agensi atau kumpulan berbeza. Satu, SPR nak vibrancy democratic pratice, nak benarkan proses pemilihan, asalkan berpandu kepada KKM dan MKN.
"Jadi, undang-undang yang dilaksanakan di satu pihak, mesti dilaksanakan pihak lain. Saya tak boleh beri jaminan… kerana apa yang berlaku di Sabah, kita buat SOP juga, tetapi rakyat, orang kempen, orang parti yang buat (tidak patuh SOP),” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu) yang gusar menteri akan menyalah guna program rasmi untuk berkempen di Melaka, memandangkan majlis kerajaan dibenarkan dalam SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
Setiausaha Agung PKR itu berkata, adalah tidak adil sekiranya ahli-ahli politik dari Kerajaan boleh menggunakan SOP PPN, tetapi pembangkang perlu berpandukan SOP dari SPR, yang menghalang sebarang perkumpulan atau kempen politik.
“Jadi, menteri, mari kita berterus terang, sama ada menteri boleh beri jaminan, bila kempen berlaku selama 11 hari nanti, antara 8 hingga 20 November, apa kata Menteri Kanan Pertahanan pergi Kem Sungai Udang berkempen dengan askar.
“Mengikut Fasa 4 tak PPN salah, kerana ia majlis rasmi kerajaan. Sahabat saya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkempen dalam Program Beli Barang Buatan Malaysia. SOP PPN tak salah, SOP SPR salah tak?
“Jadi Yang Berhormat Menteri, kita tak mahu double standard dari segi pelaksanaan, kerajaan pergi kena ikut SOP MKN, kita pergi pula kena ikut SOP SPR. Ini akan timbulkan ketegangan, kemarahan sukar dikawal,” tegasnya lagi.
Wan Junaidi berkata, beliau faham kegusaran tersebut dan akan membawanya ke Mesyuarat Kabinet, sebelum SPR mengumumkan SOP sebelum hari penamaan calon PRN Melaka, iaitu pada 8 Nov.
Firdaus Azil
Tue Oct 26 2021
WAN JUNAIDI: Di Sabah, kita buat SOP juga, tetapi rakyat, orang kempen, orang parti yang tidak patuh. - Gambar fail
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.