KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas untuk memberi peluang kepada pekerja keluar mengundi.
Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor berkata kerajaan disaran meneliti permintaan itu bagi memberi keselesaan kepada pekerja yang pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara.
Beliau berkata MTUC menerima rungutan daripada pekerja bahawa terdapat majikan mengeluarkan pekeliling membenarkan pekerja keluar mengundi dalam tempoh dua jam dan akan dikenakan tindakan jika melebihi masa dibenarkan sekali gus menimbulkan kerisauan serta menjejaskan kehadiran pekerja untuk mengundi.
"Bagi menjayakan proses demokrasi yang telah ditentukan, majikan seharusnya memberi kebenaran tanpa syarat. Kerajaan perlu campur tangan dengan memberi cuti khas kepada pekerja bagi membolehkan pekerja memilih wakil rakyat tanpa takut diambil tindakan disiplin.
"MTUC bimbang dengan peratusan keluar mengundi akan terjejas dan berkurangan sekiranya ada halangan bagi pekerja keluar mengundi. Keterlibatan pekerja dalam pengundian akan mencorak masa depan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, MTUC berharap pekerja menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak tergesa-gesa bagi mengelakkan kemalangan semasa pergi dan balik daripada tempat kerja ke tempat pengundian.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Kerajaan disaran meneliti permintaan cuti khas itu bagi memberi keselesaan kepada pekerja yang pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
MTUC dakwa 900 pekerja MYAirline 'digantung tidak bertali'
MTUC mendakwa tindakan MYAirline mengeluarkan notis pemberhentian sementara operasi secara tiba-tiba sebagai tidak profesional.
PRN: MTUC cadang cuti khas Sabtu ini
MTUC mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas.
Gaji progresif harap dilaksana, bukan sekadar mainan politik - MTUC
Cadangan untuk memperkenalkan gaji progresif diharap mampu untuk direalisasikan dan bukan hanya sekadar mainan politik.
Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.
Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Kerajaan perlu segera ratifikasikan konvensyen ILO berkaitan hak pekerja berpesatuan - MTUC
Ia bagi memastikan pekerja dapat gaji yang bermaruah, kerja yang baik dan faedah yang layak menerusi rundingan dan perjanjian bersama.
Hari Pekerja: Teliti langkah penambahbaikan, beri impak menyeluruh - MTUC
Masih ramai pekerja yang tidak tahu hak mereka, justeru sambutan Hari Pekerja beri platform bangkit isu berkaitan.
MTUC seru utamakan keselamatan di tempat kerja
Hal ini ekoran jumlah kemalangan yang membimbangkan yang dilaporkan di pelbagai tempat kerja di seluruh negara.
MTUC saran kerajaan sediakan data kontraktor 'culas'
Kerajaan dicadang menyediakan data kontraktor 'culas' untuk digunakan bagi menyelesaikan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja yang terkesan.