BAGAN SERAI: Penganjuran Program Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sejak April lalu berjaya mencatat nilai RM49 juta setakat ini.
Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, pelbagai hasil agromakanan antaranya daging lembu, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, produk hasil laut serta produk sejuk beku dijual antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 126 kawasan terpilih telah menganjurkan program tersebut dan akan diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat.
"Harga yang dijual di sini amatlah berpatutan kerana kita tidak melalui harga pasaran, peruncit dan pemborong.
"Produk yang dijual merupakan hasil tanaman peladang dan Pertubuhan Peladang Negeri serta produk oleh usahawan industri kecil dan sederhana," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jualan Agro MADANI peringkat LPP Negeri Perak di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, di sini, pada Sabtu.
Azulita berkata, selain LPP, program jualan itu turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut memasarkan pelbagai produk keluaran agensi terbabit.
"Orang ramai perlu merebut peluang (membeli pelbagai barangan di program jualan berkenaan) kerana harga barangan yang dijual amat berpatutan sekali gus dapat mengurangkan bebanan pengguna yang terkesan dengan kenaikan harga barang," katanya.
Azulita berkata, program jualan itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat untuk para pengunjung yang hadir seperti demonstrasi masakan oleh usahawan, 'pocket talk' bersama pengunjung serta jualan kombo Agro MADANI. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023
Program itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung seperti demonstrasi masakan oleh usahawan, 'pocket talk' bersama pengunjung serta jualan kombo Agro MADANI. - Bernama
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Perak bakal jadi pengeluar bawang merah kecil terbesar negara
Lebih 3.3 tan metrik bawang merah kecil BAW-1 yang bakal dijenamakan sebagai Bawang Perak akan dipasarkan ke seluruh outlet FAMA, esok.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
Fama adakan Jualan Semarak Syawal Agro Madani di seluruh negara
Jualan Semarak Syawal Agro Madani diadakan di seluruh negara hingga menjelang sambutan Aidilfitri ini, bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan.
FAMA tingkat pengedaran beras tempatan 2,500 tan metrik bermula bulan depan
Langkah itu juga atas permintaan mesyuarat NACCOL baru-baru ini agar FAMA meningkatkan lagi pengedaran beras.
FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM8 juta tahun ini
FAMA Melaka sasar nilai jualan pasar tani sebanyak RM8 juta tahun ini di samping akan menambah dua lagi tapak baharu iaitu di Taman Maju Jasin dan Ayer Molek.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur untuk rapat dengan warga kota
Ia merupakan program turun padang 25 jabatan di bawah DBKL sebagai pendekatan meningkatkan kualiti penyampaian agensi itu kepada warga kota.
Jualan Agro MADANI terbukti dapat ringankan beban rakyat
Selain pengguna, peniaga turut menerima manfaat sama apabila dapat menjana lebih pendapatan susulan hasil jualan meningkat.
FAMA sasar RM57.5 juta bagi Jualan Agro MADANI 2024
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM57.5 juta bagi program Jualan Agro MADANI 2024 yang bakal diadakan di 5,000 lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Jualan Agro Madani di jajahan Pasir Mas bantu mangsa banjir
Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah dari pasaran membuka peluang dan kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan bekalan makanan dan keperluan mereka.