KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa negeri-negeri yang tidak serentak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tamakkan kuasa.
Menurut Mohd Amar, Ahmad Zahid barangkali tidak memahami maksud tamak kuasa ketika mengeluarkan kenyataan itu.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan, sebetulnya, orang yang tiada kuasa itulah yang tamak.
"Siapa tamak kuasa? Orang yang tiada kuasa nak kuasa itulah yang tamak… yang dah ada kuasa tamak apa?
"Kita ini macam kontraklah, kontrak kita habis bulan Mei, kenapa nak resign awal? Bukankah sampai bulan Mei penggal kita? Kenapa tak boleh sabar? Itu isunya,” kata beliau kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli dan rombongannya di pejabatnya, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Mohd Amar berkata, beliau tidak nampak kenapa UMNO mahu mengadakan pilihan raya tergesa-gesa sedangkan Perdana Menteri dan sejumlah menteri Kabinet dari parti tersebut selain kerajaan sedia ada stabil.
Bahkan, kata beliau, pembangkang turut memberikan sokongan kepada pentadbiran sedia ada.
Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, negeri-negeri pentdbiran Pakatan Harapan (PH) tamak kuasa kerana tidak membubarkan DUN mereka.
Dakwa Ahmad Zahid, gabungan PH bimbang kehilangan kuasa menyebabkan mereka menuduh BN yang tamak kuasa.
Vivi Sumanti
Tue Oct 11 2022
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa negeri-negeri yang tidak serentak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tamakkan kuasa. - Gambar Astro AWANI
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.