Terengganu bakal menjadi satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai pulau khusus untuk tanaman rambutan dengan penanaman 200 spesies pokok itu di Pulau Selimbar Selatan, Tasik Kenyir.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pulau seluas 42 hektar itu adalah antara 10 produk pelancongan Kenyir Island Hopping (KIH) yang dibangun oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
"Sebanyak RM11.5 juta diperuntukkan bagi menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan menempatkan pelbagai spesies rambutan komersil termasuk jenis pulasan dan dari jenis nadir seperti korlan, kikir buntal dan (rambutan) pacat," katanya kepada pemberita, di Hulu Terengganu semalam.
Menurut Ahmad, lebih 2,000 batang pokok rambutan dari seluruh dunia akan ditanam di pulau tersebut yang akan turut dikenali 'Pulau Rambutan'.
Projek itu melibatkan dua fasa iaitu pembangunan ladang yang bermula bulan lepas hingga Disember 2013 dan fasa kedua meliputi pembinaan infrastruktur serta kemudahan awam yang dijadual bermula Januari ini hingga Disember 2014.
Ahmad berkata pembangunan pulau itu melibatkan empat komponen utama iaitu kompleks pentadbiran, tapak semaian, tapak perkhemahan dan ladang rambutan.
"Kemudahan seperti galeri, kafe, menara tinjau, kiosk jualan, galeri cenderamata serta pusat penyelidikan mampu menjadikan Pulau Rambutan sebagai destinasi agropelancongan yang unik.
"Selain itu, ia diharapkan mampu menjadi tempat edupelancongan untuk pelajar atau ahli akademik mengenali pelbagai spesies rambutan dari seluruh dunia," katanya.
Bernama
Mon Nov 05 2012
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Banjir: Pejabat satelit LHDN di Pasir Mas dan Hulu Terengganu ditutup sementara
Pejabat Satelit LHDN di Pasir Mas, Kelantan dan Hulu Terengganu, Terengganu ditutup sementara mulai hari ini berikutan banjir.
Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai Terengganu
Muhammad Adam Syazwan dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya, Putra Azim Fahmi.
Banjir kilat: 43 penduduk Hulu Terengganu dipindahkan
Seramai 15 keluarga melibatkan 43 penduduk di sekitar Kampung Kemat, Hulu Terengganu dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat pada petang Khamis.
Jalan Kenyir-Aring ditutup akibat tanah mendap
Setakat ini terdapat dua laluan ditutup kerana tanah mendap di Hulu Terengganu.
Hulu Terengganu daerah terbaharu dilanda banjir, dua PPS dibuka
Tidak sampai 12 jam selepas kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu ditutup, negeri itu sekali lagi dilanda banjir.
Penyokong liga kampung bergaduh, polis mulakan siasatan
Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah.
'Geng Fahmi' tiga sekeluarga tumpas, aktif pecah rumah di Hulu Terengganu
Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah rumah di sekitar daerah Hulu Terengganu susulan penangkapan tiga sekeluarga yang dikenali sebagai 'Geng Fahmi'.
Cabul penuntut maktab perguruan, pemandu bas ekspres ditahan
Seorang lelaki yang juga pemandu kedua sebuah bas ekspres dicekup polis selepas didakwa mencabul seorang penumpang wanita di Ajil, Hulu Terengganu.
Lelaki maut angkara buat pusingan U mengejut
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, Mohammad Zawawi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua beradik maut terlanggar lori mengundur
Dua beradik maut selepas motosikal mereka melanggar belakang lori yang sedang berundur, dalam kejadian di Jalan Kampung Pelandan Cheting, di Hulu Terengganu, petang Rabu.