PUTRAJAYA: Ratusan orang berhimpun di hadapan Istana Kehakiman di sini, hari ini, bagi menyertai Himpunan Selamatkan Syariah.
Mereka hadir dan berkumpul di luar bangunan mahkamah seawal jam 7.30 pagi dan mengadakan solat sunat hajat kira-kira jam 9 pagi, di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Beberapa pemimpin Pas dilihat hadir ke perhimpunan dan menyertai solat hajat tersebut, antaranya Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Turut hadir, Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari.
Mereka selesai solat hajat pada jam 9.18 pagi sebelum program diteruskan dengan ucapan daripada beberapa pimpinan yang hadir.
Himpunan itu diadakan susulan keputusan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.
Keputusan itu dijadual disampaikan di mahkamah terbuka pada jam 9 pagi oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim.
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu terus ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Ridauddin Daud
Fri Feb 09 2024
Umat Islam yang berhimpun mengadakan solat sunat hajat kira-kira jam 9 pagi di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini - PM Anwar
Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di Parlimen bulan ini.
Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, cadangan itu diluluskan selepas beliau membentangkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Taraf, kedudukan bahasa Melayu di negara ini lebih tinggi daripada bahasa lain - Ahli akademik
Ahli politik perlu menjadi teladan menggunakan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu libatkan negeri, ulama dan ahli akademik - PM
Tegas Anwar, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini digunakan untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor
Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.
Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - Sultan Selangor
Baginda bertitah, terdapat ulasan yang berdasarkan polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Terengganu turut terima 'tempias' keputusan kes Nik Elin
Kerajaan negeri Terengganu dijangka turut menerima tempias susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Kerajaan tidak terlibat keputusan kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan - PM
Beliau berkata ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ratusan berhimpun di Putrajaya, tunai solat hajat
Mereka berkumpul di luar bangunan mahkamah seawal jam 7.30 pagi dan menunaikan solat hajat kira-kira jam 9 pagi.