awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek kes bunuh rakan disambung tujuh hari

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
09/11/2020
04:16 MYT
Reman suspek kes bunuh rakan disambung tujuh hari
Suspek sebelum ini telah direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu dan berakhir hari ini. - Foto Astro AWANI
MARANG:Perintah tahanan reman seorang remaja perempuan yang juga suspek utama pembunuhan rakan sendiri di Hulu Terengganu dilanjutkan tujuh hari lagi.
Lanjutan perintah tahanan reman ke atas suspek yang berusia 19 tahun itu bermula esok hingga Isnin depan.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek sebelum ini telah direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu dan berakhir hari ini.
Dalam kejadian 1 November lepas, seorang gadis berusia 19 tahun ditemukan mati dibunuh dengan kejam di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
BACA: Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam
BACA: Suspek utama kes tetak, bunuh rakan bebas dari pengaruh dadah - Polis
BACA: Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal
Mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemukan dengan kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja perempuan pada Isnin yang tampil ke balai dengan ditemani ibunya untuk membantu siasatan.
Penahanan itu susulan hasil keterangan diberi remaja terbabit mencurigakan.
Topic Berkaitan
#Hulu Terengganu
#kes bunuh Surya
#suspek
#Pembunuhan
#siasatan
#terengganu
#mahkamah
#Remaja perempuan
#telemong
#Siti Nur Surya Ismail
#tetak rakan
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan