KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tidak mahu Sabah hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri sebaliknya mempelbagai dan membangunkan sumber ekonomi yang baharu.
Beliau berkata, bagi merealisasi hasrat itu hasil penyelidikan daripada 21 pusat kajian dan penyelidikan di negeri ini perlu dimanafaatkan sepenuhnya, antaranya menggunakan hasil kajian itu untuk membangunkan industri hiliran di Sabah.
Hajiji turut menyarankan pusat kajian dan penyelidikan di Sabah memainkan peranan membangunkan pengetahuan, menggalakkan inovasi, mengeluarkan produk bernilai tinggi dan punya nilai untuk didagang dan pastinya meningkatkan imbangan dagangan yang lebih menguntungkan bagi negeri ini.
"Sabah perlu memanfaati hasil penyelidikan ini dalam usaha melakukan lonjakan paradigma bagi membangunkan sumber ekonomi baharu," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di Tuaran, pada Khamis.
Beliau berkata, antara kajian itu Pembangunan Semula Pelancongan di Mesilau; Pembangunan Semula Pusat Air Panas Poring, Ranau; Kajian Pembangunan Ekonomi di Sempadan Sabah; Kajian Pelan Induk dan Pelan Perniagaan untuk Zon Ekonomi Bebas; dan Kajian Pelan Induk Lembah Makanan Pedalaman Sabah.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), eksport utama Sabah pada tahun 2022 ialah minyak kelapa sawit berjumlah RM21.1 billion; manakala Gas Asli Cecair (RM5.2 billion); petroleum mentah (RM30 billion) dan minyak isirung sawit RM3.1 billion, katanya.
Bagaimanapun, Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata, barangan eksport lain yang merangkumi pelbagai barangan sama ada yang mentah atau yang diproses hanya berjumlah RM3.5 billion.
"Ini membuktikan bahawa kita perlu mengenal pasti pasaran yang lebih luas ke atas barangan eksport bukan komoditi. Kita juga perlu meningkatkan pengeluaran barangan bukan komoditi yang berpotensi tinggi untuk dieksport," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Hajiji turut menyarankan pusat kajian dan penyelidikan di Sabah memainkan peranan membangunkan pengetahuan, menggalakkan inovasi, mengeluarkan produk bernilai tinggi. - Gambar fail/Bernama
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.
Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.
IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.