KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk membenarkan graduan asing bekerja bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja yang kronik, terutama dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Presiden SAMENTA Datuk William Ng berkata ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.
"Jika separuh daripada mereka tamat pengajian setiap tahun dan hanya 10 peratus memilih untuk kekal dalam bidang itu dan bekerja, ini bermakna kurang daripada 700 jurutera dan juruteknik yang boleh diambil bekerja. Oleh itu, tidak masuk akal untuk menganggap ini boleh menjejaskan peluang bagi rakyat tempatan.
"Sebaliknya, langkah melaksanakan penyediaan bakat tambahan secara cepat ini dapat menyakinkan pelabur asing dan tempatan untuk terus berada di sini dan menyediakan peluang ekonomi dan pekerjaan yang lebih besar bagi rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Ng berkata SAMENTA turut menganggarkan bahawa Pulau Pinang mengalami kekurangan sebanyak 50,000 tenaga jurutera dan juruteknik yang hanya merencatkan pertumbuhan dalam industri semikonduktor, pembuatan serta logistik.
"Jika Jemaah Menteri meluluskan permintaan pihak industri yang telah lama disuarakan untuk membolehkan penglibatan penuntut asing dalam sektor ekonomi dan pengkhususan yang kritikal, Malaysia akan menyertai kelompok negara-negara maju seperti Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom untuk membenarkan graduan/penuntut asing bekerja dan menyumbang kepada ekonomi.
"Malah, negara-negara maju itu yang mengambil tenaga kerja kita setiap hari. Jika mahu kekal kompetitif, kita juga perlu mempertimbang langkah untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja utama ini di Malaysia -- bermula dengan penuntut asing yang tamat pengajian," katanya.
Ng berkata visa pengambilan kerja selepas tamat pengajian lazimnya bersifat sementara, tempoh tidak diperbaharui dan tiada industri atau kerja khusus.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kebimbangan pengambilan graduan asing ini akan menjejaskan pasaran kerja atau menyebabkan tenaga kerja tempatan terpinggir, sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 04 2024
Ng berkata SAMENTA turut menganggarkan bahawa Pulau Pinang mengalami kekurangan sebanyak 50,000 tenaga jurutera dan juruteknik. - Foto fail/BERNAMA
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
SAMENTA gesa kerajaan benarkan graduan asing bekerja, atasi isu kekurangan tenaga
Ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.
SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.
5 cadangan Samenta demi kelangsungan PKS dalam fasa pemulihan
William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.
PKS kian terdesak akibat kenaikan kos, pemulihan sukar - SAMENTA
PKS sedang menghadapi beberapa cabaran termasuk peningkatan kos yang mendadak selain kekurangan tenaga pekerja.
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir | Dagang News
PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023
Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.
Kabinet baharu diminta fokus kepada perniagaan, bukan sekadar pengguna
Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.
MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.
Samenta tunggu pengumuman kerajaan selepas banyak PKS mula terdesak
Menurut Samenta, ada PKS yang hanya mempunyai simpanan untuk bertahan sebulan sahaja lagi bagi membayar gaji, sewa dan utiliti.