Forum Tenaga Lestari dan Tenaga Diperbaharui SAREF 2019 anjuran Sarawak Energy Berhad SEB membuka tirainya pada Selasa.

Program dua hari anjuran bersama Kementerian Uitiliti Sarawak itu menghimpunkan pakar dan peneraju perniagaan dalam bidang berkaitan dari serata dunia ke arah sumber tenaga yang lebih mesra alam sekitar.

Sesi pertama bermula jam 9 pagi melibatkan empat ahli panel iaitu Pegawai Program, Pejabat Wilayah Pertubuhan Pembangunan Industri PBB Sooksiri Chamsuk, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hidropower Antarabangsa Eddie Rich, Ketua Pegawai Eksekutif SEB Power Sarawak Energy James Ung dan Antonio Castellano dari Mckinsey & Co.

Sesi dikendalikan personaliti Astro AWANI Shaarad Kuttan.

Ia disusuli majlis perasmian pembukaan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datu Sharbini Suhaili merangkap Pengerusi SAREF 2019.

Sejurus perasmian majlis diteruskan dengan majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU) antara SEB dan Shell MDS Malaysia Sdn Bhd.

Sebelum Duta Muhibah Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh mengambil alih pentas untuk menyampaikan ucapan khasnya.

Selain forum turut diadakan pameran berkaitan tenaga lestari dan tenaga boleh diperbaharui dan pameran hasil kraftangan Sarawak di ruang lobi BCCK.

Sarawak menyasarkan untuk menjadi negeri paling maju di Malaysia pada 2030 pada masa sama mahu menjadi peneraju kepada sumber tenaga mesra alam sekitar di rantau ini.