Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian, Johor menerima laporan satu kes Japanese Encephalitis (JE) melibatkan seorang lelaki warga Bangladesh di daerah itu, pada Rabu, 24 Jun lepas .
Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu berkata pesakit itu terdahulu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 21 Mei lepas kerana mengalami demam dan tanda-tanda radang otak.
Menurutnya pesakit itu kemudian dirawat sebagai kes 'meningeal encephalitis' dan seterusnya dibenarkan pulang dalam keadaan sihat pada 3 Jun lepas.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan makmal yang diterima daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan kemudiannya, mangsa disahkan menghidap penyakit JE, kata beliau dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
"Ekoran itu, PKD Pontian telah membuat siasatan kes di lapangan. Pesakit bekerja di sebuah kilang membuat bahan binaan di Ulu Choh, Pontian.
"Aktiviti pengesanan kes aktif di lokasi tempat tinggal dan kerja pesakit itu termasuk pencarian kes di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta berdekatan, telah dijalankan dengan seramai 390 orang disaring untuk gejala penyakit JE iaitu demam, sakit kepala, kekejangan leher, lemah otot atau sawan," katanya.
Dr Aman berkata hasil saringan itu bagaimanapun tidak mengesan kes baharu dan sehubungan itu, kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian sporadik.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk terus mencari punca JE di sekitar kawasan itu. Bagi mengurangkan risiko jangkitan, masyarakat di kawasan ini dinasihatkan mengelak aktiviti di luar rumah pada waktu malam, menggunakan 'repelen' dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika berada di luar rumah untuk mencegah gigigitan nyamuk.
"Selain itu, mereka dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami demam dan radang otak," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 29 2020
Dr Aman berkata hasil saringan itu bagaimanapun tidak mengesan kes baharu dan sehubungan itu, kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian sporadik. -Gambar hiasan
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).