SUBANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebak ketika mengenang jasa dan sumbangan figura hebat Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.40 pagi tadi.
Malah, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, beliau secara peribadi begitu rapat dengan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu.
“Saya sendiri sebenarnya dipilih oleh Tun.
“Banyak asuhan, didikan serta pesanan bagaimana kita nak perjuangkan Sarawak dan juga negara.
“… supaya menjadi lebih makmur dan maju, di mana rakyat dapat hidup bersatu padu dan harmoni,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada Rabu.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham selamat diterbangkan dari Pangkalan Udara TUDM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menggunakan pesawat TUDM C-130 Hercules pada jam 1.58 petang.
Berkongsi lanjut, Fadillah menyifatkan bekas Ketua Menteri Sarawak itu sebagai seorang pejuang dalam membangunkan Bumi Kenyalang, termasuk dari segi ekonomi, perpaduan kaum serta kestabilan politik.
Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menambah, pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Taib tiada tolok bandingnya dalam memperjuangkan pembangunan yang saksama.
“Sudah pasti kita di peringkat kepimpinan malahan rakyat, merasai kehilangan Tun, yang begitu banyak jasanya kepada Sarawak dalam segala aspek pembangunan, bagaimana menyatukan rakyat Sarawak, serta memperjuangkan nasib untuk inklusif Sarawak itu sendiri.
“Itu sudah pasti menjadi ingatan kepada rakyat semua,” ujar beliau lagi.
Allahyarham Abdul Taib menghembuskan nafas terakhir di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.
Tun Abdul Taib melakar sejarah dalam dunia politik Sarawak sebagai tokoh termuda mengangkat sumpah sebagai menteri pada 22 Julai 1963.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat pada 16 Mac 1981 dan memegang jawatan tersebut selama 33 tahun.
Hasimi Muhamad
Wed Feb 21 2024
Fadillah berkata, beliau secara peribadi begitu rapat dengan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu. - Foto Astro AWANI
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Bekas KM Sabah sifatkan Taib Mahmud penyumbang penting satukan rakyat Sarawak, Malaysia
Mereka menyifatkan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai penyumbang penting terhadap penyatuan rakyat berbilang latar belakang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
"Saya sendiri dipilih Allahyarham Tun Abdul Taib" - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof sebak ketika mengenang jasa dan sumbangan figura hebat Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemergian Tun Abdul Taib: Sarawak berkabung dua hari
Kerajaan Sarawak isytihar perkabungan selama dua hari pada 21 dan 22 Februari sebagai menghormati pemergian bekas Abdul Taib Mahmud.
Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia
Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
‘Itu adalah tidak benar’ - Isteri Taib Mahmud
Menerusi perkongsian di InstaStory miliknya, Raghad berkata, dakwaan berhubung isu tersebut adalah tidak benar sambil berkongsi gambar laporan doktor sebagai bukti.
Acara utama sempena hari lahir Yang Dipertua Sarawak ditangguhkan
Penganjuran semua acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-87 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Okt ini ditangguhkan.
Tular berita palsu Tun Abdul Taib sakit, Astana Negeri buat laporan polis
Satu laporan polis dibuat Astana Negeri berhubung penularan maklumat palsu mengenai kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Putrajaya perlu terus tumpu isu pembangunan di Sarawak - Taib
Kerajaan Persekutuan perlu beri perhatian khusus kepada pembangunan di Sarawak terutamanya dalam bidang ekonomi dan pembangunan infrastruktur.
Kabinet Abang Johari selesai angkat sumpah
Tun Taib serta isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib bagaimanapun menghadiri istiadat angkat sumpah itu secara maya di kediaman mereka.
PRN Sarawak: Dr Hardy berdebar urus proses pengundian Tun Taib, Abang Jo
Dr Hadysham, 45, yang turut dikenali sebagai Dr Hardy sudah 20 tahun berpengalaman membantu proses pilihan raya, dengan peranan sebagai Penolong Pengurus Pilihan Raya sebelum ini.