KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) merayu kerajaan agar segera melaksana program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif yang turut menyumbang kepada usaha menangani pandemik COVID-19 secara langsung mahupun tidak langsung.
Presidennya, Dr Ahmad Ibrahim berkata penggiat industri itu terdiri daripada semua pekerja yang terlibat dalam bidang penerbitan drama, filem cereka, iklan, dokumentari dan berita sama ada di stesen penyiaran mahupun syarikat persendirian.
"Stesen televisyen perlu menyiarkan program baharu sama ada drama, hiburan atau dokumentari terutama yang membawa mesej berkaitan COVID-19. Walaupun stesen TV boleh menerbitkan sendiri program mereka, ia tidak mencukupi. Banyak program perlu diperoleh daripada luar terutama drama dan iklan.
"Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku dalam kalangan pekerja yang tidak diberi vaksin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun, beliau berkata isu paling utama ialah kelangsungan hidup penggiat industri yang bergantung 100 peratus kepada kerja penerbitan sebagai mata pencarian, dengan lebih 90 peratus daripada mereka merupakan karyawan bebas yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Sudah sebulan lebih kami tidak bekerja dan tiada bentuk bantuan khusus dirancang oleh kerajaan.
"Sepatutnya rangka perancangan vaksin berkelompok ini diwujudkan dan pusat pemberian vaksin khusus untuk media dan penggiat seni ditubuhkan dua bulan lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Ahmad berkata, stesen televisyen perlu menyiarkan program baharu sama ada drama, hiburan atau dokumentari terutama yang membawa mesej berkaitan COVID-19. - Gambar hiasan
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif.
Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.
Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.
Belia berbakat industri kreatif dicadang diiktiraf 'Ikon MADANI Muda'
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf belia berbakat dalam sektor industri kreatif digital sebagai 'Ikon MADANI Muda'.