Orang ramai digesa agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan tidak menjadikan alasan penurunan kes positif COVID-19 sebagai alasan untuk melakukan perjalanan.
Tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selagi PKP belum ditamatkan, maka semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan perlu dipatuhi.
"Semalam apabila diumum oleh Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham) bahawa hanya 36 yang kes positif COVID-19 dan tiada kematian, ramai yang mula merasakan bahawa perlu dilonggarkan segala sekatan dan sebagainya.
"Saya harap selagi PKP tidak ditamatkan selagi tiada SOP yang baharu diperkenalkan oleh kerajaan, maka PKP dan SOP yang ada ketika ini masih kekal," katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 946 individu ditahan setakat semalam susulan melanggar arahan PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini.
Katanya, daripada jumlah tersebut, 433 individu ditahan di kawasan zon merah.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 824 sekatan jalan di seluruh negara, dengan melakukan pemeriksaan ke atas 603,314 kenderaan.
"Sebanyak 53,380 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6127 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.
"Sebanyak 101 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sebanyak 16,870 individu," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 21 2020
Ismail Sabri berkata seramai 946 individu ditahan setakat semalam susulan melanggar arahan PKP yang sedang berkuat kuasa ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pengundian awal, apa desas desus?
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.