TAWAU: Selain menjaga keselamatan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) turut melaksanakan program kemahiran dan latihan bagi membantu meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Pembantu Menteri Kewangan negeri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, langkah proaktif ESSCom dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) itu, memberi peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.
"ESSCom dan JPSM memeterai nota kerjasama strategik pada 1 Ogos tahun lepas dan program ini dilaksanakan di 10 daerah dalam ESSZone, misalnya di Tawau program anjuran ESSCom dan JPSM diadakan selama empat hari yang berakhir hari ini.
"Sebanyak enam kursus kemahiran diadakan termasuk gunting rambut, baik pulih telefon, rekaan fesyen pakaian wanita, membuat kek dan roti yang membabitkan 120 peserta dan turut mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Tawau," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Sosioekonomi ESSCom di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata, sebelum ini program berkenaan dilaksanakan di Sandakan dan seterusnya akan dianjurkan di Semporna.
Dalam pada itu, beliau memohon masyarakat di ESSZone supaya menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan.
"Maklumkan kepada pihak keselamatan jika mempunyai maklumat berhubung jenayah yang boleh mengancam keselamatan semua pihak," katanya sambil menambah pada awal penubuhan ESSCom masyarakat berasa ragu dan takut, namun kini persepsi itu telah berubah dan penduduk berasa lebih selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
ESSCom dan JPSM memeterai nota kerjasama strategik pada 1 Ogos tahun lepas dan program ini dilaksanakan di 10 daerah dalam ESSZone. - Facebook Nizam Abu Bakar Titingan
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.